Connect with us

Oh! Media

Pertama Kali Bawa Watak Ayah, Ayat Sentap Azwan Ali Bikin Netizen Terhibur

Oh! Artis

Pertama Kali Bawa Watak Ayah, Ayat Sentap Azwan Ali Bikin Netizen Terhibur

Siapa tak kenal Azwan Ali, seorang pengacara serta pelakon tanah air yang penuh dengan kontroversi serta mempunyai mulut yang lantang dalam berkata-kata.

ADVERTISEMENT

BACA: Azwan Ali Lapor Polis, Che Ta Dipanggil Ke IPD

Tidak dapat dinafikan, Azwan Ali mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan sebelum ini. Namun namanya kembali naik selepas menjadi pengacara dalam program Lagu Cinta Kita.

Terbaharu, selebriti berumur 55 tahun itu dilihat mewarnai sebuah drama bertajuk Anak Sena yang telah ditayangkan sejak semalam di TV3.

Peranan Azwan Ali

Drama Anak Sena hasil arahan Bahri Uma mengisahkan tentang pengorbanan seorang cikgu demi mendidik anak muridnya di sebuah perkampungan orang asli.

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, dan Nadia Aqilah.

Tidak terlepas juga Azwan Ali yang memegang watak sebagai ayah kepada cikgu Amir yang dilakonkan oleh Ben Amir.

Kau tu mak tiri jelah…

Menerusi drama ini, bekas pengacara tersohor itu berjaya mencuri perhatian apabila buat julung kalinya membawa watak sebagai seorang ayah iaitu Abu Seman.

Sebuah video klip pendek berkenaan drama tersebut telah dikongsikan oleh pengguna laman Instagram bernama @dramasangat memaparkan salah satu adegan yang dilakonkan oleh Azwan Ali.

Malah dalam episod pertama drama itu, nama Azwan Ali atau Diva AA kembali melonjak naik selepas dengan bersahaja melemparkan dialog yang buat orang ramai tak kering gusi.

Banyak nasihat berguna

Selain daripada telatah lucunya, terdapat juga adegannya yang melakonkan watak dengan lebih serius seperti menyampaikan nasihat-nasihat yang berguna.

Hal itu terjadi apabila cikgu Amir mula ragu-ragu akan pilihannya mengajar di kawasan pendalaman, namun bapanya juga yang memberikan nasihat agar selalu kental dalam apa jua keadaan.

Netizen berikan sokongan

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan reaksi positif dengan menitipkan sokongan serta turut terhibur dengan telatah lucunya.

Video yang dimuat naik itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 96,000 jumlah tontonan serta 12,000 tanda suka.

Kredit: Instagram Drama sangat dan anaksena.tv3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas