Connect with us

Oh! Media

diva aa

Oh! Artis

“Dibayar Kepok-Kepok, Siapa Tak Nak? – Diva AA Tak Peduli Kecaman Berpakaian Seperti Wanita

Macam dah lama tak dengar cerita Diva AA kan? Apapun, sekarang ni kecoh pulah video menunjukkan Azwan Haji Ali dikecam hebat selepas tampil berpakaian seperti wanita dalam satu acara private.

Diva AA bagaimanapun kekal tenang menjawab kritikan netizen dan menegaskan bahawa tindakan itu tidak memberi kesan kepadanya.

IKLAN

“Dibayar kepok-kepok, serba serbi ditaja!” – Diva AA.

Menurut Diva AA, penampilannya sebagai penyanyi Cita Citata itu adalah pengalaman pertama berpakaian seperti wanita dan dilakukan dalam sebuah acara tertutup.

Saya tak rasa apa-apa pun sebab ini adalah private show. Saya dibayar kepok-kepok hanya untuk muncul sebagai Cita Citata. Lagi pun, semuanya ditaja dari kepala sampai ke kaki- Jelas Azwan.

Diva AA minta netizen, tolong jaga hal sendiri…

Diva AA turut menegaskan agar netizen menjaga hal masing-masing dan tidak mengganggunya. Baginya, kecaman tidak memberi impak besar kerana dia kini sibuk dengan pelbagai tawaran private show, IG review, dan podcast berbayar.

Saya tak berkudis dengan kecaman nerakazen. Tolong jaga kubur mak bapa sendiri sebelum sibuk pasal saya.- Tambahnya dengan lantang.

Walaupun video penampilan tersebut telah tersebar, Diva AA menjelaskan bahawa ia di luar kawalannya. Apa yang penting, katanya, dia dibayar dan para tetamu di acara tersebut terhibur.

#OhmediaNasihat

Jadi, apa yang kita boleh pelajari dari isu ini? Setiap orang bebas membuat keputusan sendiri, namun pastikan ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Sebaiknya, kita ambil jalan sederhana dan menghormati pandangan sesama.

diva aa

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas