Connect with us

Oh! Media

Azwan Ali Bengang Dan Cabar Pengkhianat Politik Untuk Bersemuka

azwan ali

Oh! Artis

Azwan Ali Bengang Dan Cabar Pengkhianat Politik Untuk Bersemuka

Nampaknya pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA tampil mempertahankan apa yang dilakukannya ketika Karnival Fiesta Raya Baling 2024 sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Tarian Dangdut Diva AA Jadi Punca Festival Raya Di Kedah Terpaksa Ditutup

Diva AA dalam satu kenyataan berkata dia mencabar beberapa orang politik yang menjadi batu api sehingga namanya menjadi kambing hitam ketika di Kedah.

Saya ada semua maklumat, kerja khianat, fitnah, mengadu domba, melagakan semua pihak termasuk nama Menteri Besar, dibuat oleh pengkhianat politik.

Saya akan serang mana-mana parti kurang ajar ini. Semua sudah dalam tangan saya. Jangan sampai saya dedahkan kepada Harian Metro, parti mana yang menjadi pengkhianat politik. Mereka menggunakan isu Diva AA untuk menutup kes mereka.

Diva AA bagaimanapun akur dan menghormati pucuk pimpinan Negeri Kedah serta tahu batas yang ditetapkan.

Kita tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan tapi kenapa saya dipuji ketika menjayakan persembahan.

Kenapa benda ini kecoh selepas saya dah balik? Kalau saya salah, mustahil YB (Yang Berhormat) dan tuan haji-tuan haji itu tak sembur saya depan-depan. Saya tak rasa mereka tak berani buat. Arahan itu tiada sepanjang saya buat persembahan. Niat saya untuk menghiburkan rakyat Kedah.

Kenyataan ini dikeluarkan Diva AA selepas mengadakan perjumpaan bersama pihak penganjur serta pempengaruh yang terkesan, Eira Aziera dan Diva BB.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas