Connect with us

Oh! Media

Pernah Viral Mas Kahwin RM300k, Penyanyi Dangdut Indonesia Lapor Polis Dakwa Dipukul Dan Dicekik Suami

Lesty

Oh! Artis

Pernah Viral Mas Kahwin RM300k, Penyanyi Dangdut Indonesia Lapor Polis Dakwa Dipukul Dan Dicekik Suami

Pasangan selebriti viral Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar mengejutkan ramai apabila didakwa sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Siapa sangka, Rizky yang dilihat sangat romantis dan penyayang didakwa sanggup ‘naik tangan’ ke atas isterinya Lesti selepas kantoi curang. Biar betul?

BACA: Ditayang 6 Jam Live Di Kaca TV, Acara Lamaran Selebriti Indonesia Ini ‘Grand’ Macam Nikah

IKLAN

Memetik laporan Detik News, polis Indonesia membuka kertas siasatan melepas menerima laporan daripada penyanyi dangdut Lesti Kejora pada malam Rabu lalu.

Lesti mendakwa suaminya bermain kayu tiga dan mula naik angin apabila dia meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya.

Dalam laporan polis, penyanyi dangdut itu mendakwa mengalami kecederaan di badan termasuk tangan kanan dan leher kiri akibat dicekik serta dihempas suaminya ke atas katil.

010663100 1628384521 200240195 343970537082465 3317695717332694068 n  1

Ibu kepada seorang anak ini turut mendakwa dia berulang kali ditolak sehingga terjatuh ke lantai.

Suspek menarik tangan mangsa ke bilik mandi dan menolak mangsa ke lantai.

Kekerasan yang dilakukan Rizky dikatakan tidak hanya sekali, bahkan Lesti sekali lagi dipukul pada jam 9.47 waktu Indonesia Barat menyebabkan Lesti nekad membuat laporan polis pada malam harinya.

Terdahulu, pasangan ini tular di Indonesia selepas majlis pertunangan gah mereka disiarkan selama enam jam di kaca televisyen.

Pasangan ini juga tersenarai di antara selebriti yang menerima mas kahwin paling mahal iaitu USD72,000 (RM300,000).

Hasil perkahwinan pada 19 Ogos 2021 tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Kredit: Detik News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas