Connect with us

Oh! Media

Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia

hamdan senario

Oh! Artis

Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia

Baru-baru ini, industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita anggota kumpulan pelawak Senario, Hamdan Ramli yang terpaksa ditidurkan pihak hospital selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

ADVERTISEMENT

BACA: Anggota Kumpulan Senario, Hamdan Ramli Terpaksa Ditidurkan Di Hospital Akibat Jangkitan Kuman

Terbaharu, pelawak Hamdan Senario dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira 12.50 tengah hari, Jumaat.

Dalam pada itu, berita sedih mengenai permegian pelawak berusia 54 tahun ini disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.

Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi.

Menurut Azlee, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.

hamdan senario

Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus.

Pelawak Azlee Senario turut memaklumkan jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.

Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman.

Kredit: Portal

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas