Connect with us

Oh! Media

Anggota Kumpulan Senario, Hamdan Ramli Terpaksa Ditidurkan Di Hospital Akibat Jangkitan Kuman

hamdan ramli

Oh! Artis

Anggota Kumpulan Senario, Hamdan Ramli Terpaksa Ditidurkan Di Hospital Akibat Jangkitan Kuman

Hamdan Ramli, anggota kumpulan pelawak Senario dimaklumkan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Hamdan kini ditidurkan pihak HSA selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dimaklumkan anak bongsu Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah di mana ayahnya mengalami cirit-birit sejak semalam.

Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan keadaannya masih sama pada jam 10 pagi tadi. Jadi, kami bawa ke hospital kira-kira jam 11 pagi sebelum doktor ambil darah.

Ayah tiba-tiba cakap tak boleh bernafas dan minta panggil doktor untuk berikan oksigen selepas empat jam menunggu. Selepas pemeriksaan, doktor maklumkan ayah terpaksa ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darahnya tinggi.

Keadaan Hamdan kini dalam keadaan stabil namun tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan. Sama-sama kita doakan agar abang Hamdan kembali sihat dan dapat kembali menghiburkan kita yang kini aktif juga melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas