Connect with us

Oh! Media

Pelakon Helmi Gimmick Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap 4

Ohmedia helmi Gimmick Kanser

Oh! Artis

Pelakon Helmi Gimmick Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap 4

Pelakon Helmi Gimmick bakal jalani pembedahan selepas disahkan hidap kanser buah pinggang tahap empat.

Siapa tak kenal dengan pelakon veteran, Helmi Gimmick yang sering menghiburkan ramai orang sejak dulu lagi.

Terkini, pelakon itu dikhabarkan telah diuji dengan kesihatan apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat.

Bakal jalani pembedahan Khamis ini

Dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot, beliau kini dijadualkan menjalani pembedahan membuang satu buah pinggang pada hari Khamis ini.

IKLAN
Helmi Gimmick

Memetik laporan Harian Metro, pengarah Jurey Latiff dilihat telah melawat Helmi ketika berada di wad.

Beliau memohon agar orang ramai menitipkan doa untuk sahabatnya itu agar diberi kesembuhan dan kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Insya-Allah, dia dijadualkan menjalani pembedahan membuang satu buah pinggang pada Khamis. Marilah kita sama-sama menitipkan doa agar segala urusan sahabat saya Helmi Gimmick dipermudahkan, pembedahan berjalan lancar, diberi kekuatan, ketabahan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

Laporan turut menyebut Helmi mengakui bahawa penyakit kanser itu telah dikesan sejak September tahun lalu.

Tetapi, pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana jadual kerja yang padat.

Pssttt! Berat ujian yang ditanggung oleh Helmi Gimmick ketika ini. Semoga segala urusan pembedahan berjalan lancar dan beliau kembali sihat seperti sediakala. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau terus kuat menghadapi dugaan ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas