Oh! Artis
Zara Zya Syukur Imbasan MRI Selamatkan Nyawa, Kesan Kanser Tahap Awal
Zara Zya dedah ada cyst di ovari yang sudah berada pada tahap satu kanser.
Pelakon terkenal, Zara Zya tidak menyangka pemeriksaan sakit pinggang menjadi penyelamat nyawanya.
Menurut laporan Berita Harian, rupanya pemeriksaan MRI sewaktu itu juga turut mendedahkan yang dirinya ada cyst di ovari yang sudah berada pada tahap satu kanser.
Tanpa pemeriksaan itu, saya mungkin tidak sedar cyst tersebut sudah berada di tahap satu kanser.
Zara Zya lalui tiga pembedahan dalam sebulan

Menyedari keadaan itu, Zara menjalani tiga pembedahan besar dalam tempoh sebulan, termasuk membuang cyst, prosedur di buah pinggang dan leher. Kini, sudah setahun beliau bebas kanser dan lebih menjaga pemakanan, gaya hidup serta rutin fisioterapi.
Memang saya sedih dan terkejut bila diberitahu tentang kanser, tetapi saya pilih untuk kekal kuat dan positif.
Berehat 8 bulan sebelum kembali berlakon

Selepas hampir lapan bulan berehat, Zara kembali aktif menerusi drama Dia Imamku dan kini membintangi drama Bukan Pilihan Hati. Beliau turut bersyukur kerana mempunyai pemandu yang membantunya bergerak ke lokasi penggambaran.
Kalau tiada pemandu, mungkin saya menangis kerana tidak mampu memandu.
Pssttt! Jangan abaikan tanda-tanda awal pada badan. Pemeriksaan kesihatan berkala mungkin menjadi penyelamat nyawa sebelum terlambat.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM