Oh! Artis
Pelakon Hafidz Roshdi Nasihat Netizen Jangan Mudah Menghukum Seseorang
Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Athira Yuhada di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Shah Alam.
BACA: Pelakon Kontroversi Hafidz Roshdi Sah Nikah Dengan Kekasih, Athira Yuhada
Menerusi temu bual bersama Melodi, Hafidz meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki bertemu jodoh buat kali kedua serta urusan pernikahan mereka berjalan lancar.
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, hanya dengan sekali lafaz dan semuanya dipermudahkan segala urusan.
Malah, pelakon yang pernah dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga itu mengucapkan syukur kepada peminat kerana tidak putus menyokongnya walau apa pun berlaku.
Terima kasih kepada yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikkan dia kita dah tak nampak.

Bukan itu sahaja, Athira turut menzahirkan rasa syukur dengan perkahwinan tersebut, malah dia juga sudah bersedia dengan setiap cabaran menjadi isteri kepada seorang selebriti.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, saya dan Hafidz sangat happy. Sekarang saya dah sah bergelar isteri kepada Hafidz. Semuanya dipermudahkan.
Sebelum ini, rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Shuhada retak akibat kehadiran orang ketiga iaitu isteri pelakon itu kini, Athira.
Kredit: TikTok Melodi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.