Connect with us

Oh! Media

Pelakon Faye Kusairi Nafi Dakwaan Berniaga Nasi Ayam Kerana Tidak Ada ‘Job’

Faye Kusairi

Oh! Artis

Pelakon Faye Kusairi Nafi Dakwaan Berniaga Nasi Ayam Kerana Tidak Ada ‘Job’

Pelakon Faye Kusairi, tampil menafi dakwaan apabila sesetengah individu mengatakan dia mula berniaga di tepi jalan kerana karier lakonannya sendu dan tidak ada ‘job’.

ADVERTISEMENT

Faye Kusairi atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi yang kini memilih berniaga di kaki jalan sekitar Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur teruja dengan sambutan hangat dari pelanggan yang datang.

Menurut aktres itu, dia menerima banyak tawaran sejak tahun lalu, tetapi terpaksa menolak kerana keadaannya pada ketika itu sedang berbadan dua.

Ketika itu, saya masih bekerja ke Singapura dan Brunei sehingga usia kandungan mencecah enam bulan. Selepas itu, saya terus tolak semua tawaran sehinggalah selepas pantang.

Alhamdulillah, banyak tawaran yang saya terima sejak tahun lalu. Tetapi, saya terpaksa tolak beberapa ‘job’ kerana mengandung. Apatah lagi, ada watak memerlukan saya beraksi lasak.

Faye Kusairi

Faye turut menyatakan dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat terhadapnya, malah dia hanya mahu melihat setiap perkara yang berlaku dengan sudut positif.

Biasalah orang lebih suka menilai dari sudut negatif terlebih dulu tanpa berfikir menerusi ruang lingkup yang lebih luas. Saya pula lebih suka mengambil setiap perkara dari sudut yang positif.

Bukan mudah sebenarnya saya nak dapatkan ilham dan keberanian ini (berniaga). Ini pun saya doa banyak-banyak sebelum akhirnya buat keputusan untuk berniaga.

Faye Kusairi

Dalam pada itu, Faye juga berkata idea untuk menjual nasi ayam ini tercetus kerana anak sulungnya merupakan penggemar makanan tersebut.

Kebetulan saya perhatikan di kawasan ini sudah bertahun-tahun tiada orang berniaga nasi ayam. Sebagai ibu, saya berpendapat jika buka perniagaan ini, ia akan memudahkan ibu lain.

Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Pada pendapat saya, nasi ayam adalah juadah mesra masyrakat.

BACA: Pak Nil Bidas Netizen Sindir Artis Tak Laku Asyik Harapkan Bantuan

Terdahulu, pengacara terkenal Pak Nil mendedahkan ramai yang ‘dm’ minta bantuan pada artis meskipun mengutuk mereka artis tidak laku.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7315233072021015816?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • Faye Kusairi
  • Faye Kusairi

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas