Connect with us

Oh! Media

Pakai Filter Pak Arab Di Live IG, Sharnaaz Ahmad Perli Caprice?

Oh! Artis

Pakai Filter Pak Arab Di Live IG, Sharnaaz Ahmad Perli Caprice?

Siapa tak kenal Sharnaaz Ahmad, seorang pelakon tanah air yang mampu membawa pelbagai watak dalam semua filem yang dilakonkannya.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Sharnaaz Dan Rakan Lain Minta Caprice Bawa Balik Ole-Ole Di IG Live Buatkan Netizen Berdekah

Pelakon berusia 36 tahun itu turut aktif di laman Youtube dengan melakukan review terhadap makanan-makanan yang terdapat di seluruh negeri.

Namun, baru-baru ini, kita juga sering melihat Sharnaaz gemar melakukan live di Instagram (IG) dengan beberapa rakan artis yang lain sehingga menimbulkan gelak tawa netizen.

Sharnaaz live IG bersama Syukri Yahya

Pelakon yang terkenal menerusi drama Jebat itu juga dilihat gemar bersembang dengan pelakon tanah air, Syukri Yahya pada lewat malam.

Keakraban mereka berdua sepanjang siaran langsung itu sudah cukup untuk menghiburkan netizen dengan pelbagai topik terkini yang dibincangkannya.

Baru-baru ini, mereka berdua sekali lagi telah melakukan perbualan melalui live di Instagram. Namun, suasana diselubungi gelak tawa selepas anak kepada Syukri Yahya memarahi ayahnya kerana telah berbuat bising.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @zaileen6579 yang jelas menimbulkan gelak tawa Sharnaaz melihat rakannya itu dimarahi oleh anaknya.

https://www.tiktok.com/@zaileen6579/video/7005941625872518426?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=7005941625872518426&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Pakai filter pak arab

Namun, menerusi hantaran daripada pengguna bernama @mirawana__, Sharnaaz dilihat mengenakan filter dengan berpakaian seperti pak arab.

Perkara itu sudah cukup membuatkan Syukri Yahya tidak berhenti ketawa melihat rakannya itu yang siap dengan latar belakang di padang pasir.

Selain itu, Sharnaaz juga dilihat seakan-akan meniru dialek serta percakapan seorang penyanyi rap yang baru pulang dari Jordan itu sehingga menyebabkan suasana menjadi huru-hara dengan gelak tawa.

Perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat telatah mereka berdua.

Terdahulu, penyanyi dan usahawan terkenal, Caprice memberitahu telah selamat tiba di tanah air beberapa hari lepas selepas dua bulan menjalankan misi kemanusiaan di Jordan.

Kepulangan itu turut dibantu dengan pengawasan pihak polis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga ke hotel untuk kuarintin kendiri.

Kredit: TikTok zaileen6579 dan mirawana__ I Kisah Dunia I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top