Connect with us

Oh! Media

“Nyanyian Awak Lemah, Lemah Dan Lemah”, Tular Kembali Video Amir Jahari Dikritik Agak Pedas 3 Juri Ini Undang Perhatian Netizen

Amir Jahari

Oh! Artis

“Nyanyian Awak Lemah, Lemah Dan Lemah”, Tular Kembali Video Amir Jahari Dikritik Agak Pedas 3 Juri Ini Undang Perhatian Netizen

Ahad lepas telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dan lagu ‘Hasrat’ nyanyian Amir Jahari telah dinobatkan sebagai juara pada malam itu. Terbaiklah!

ADVERTISEMENT

BACAAmir Jahari Juara AJL Ke-38, Bawa Pulang RM100,000

Terbaru! Tular satu video di Tiktok menunjukkan Amir Jahari dikritik agak pedas oleh barisan juri dalam sebuah program dipercayai pada tahun 2011.

Kalau korang tengok video itu, Fauziah Ahmad Daud selaku salah seorang juri berkata terdapat banyak kekurangan dan kelemahan dalam nyanyian Amir ketika itu.

Daripada konsert minggu pertama awak tak tahu apa nak buat, minggu kedua dan ketiga juga begitu.

Pada saya nyanyian awak lemah, lemah dan lemah. Awak tak ada apa nak ‘offer’ pada kami dan pada saya awak adalah salah seorang calon yang akan digugurkan.

Bukan tu jer, Datuk Norman Abdul Halim yang juga juri turut merasakan tiada pujuan yang patut Amir dapat tapi Datuk Hattan pula berpendapat yang penyanyi itu bakal menyinar satu hari nanti.

Pendapat ikhlas dari saya ialah saya rasa awak tak ada ‘jiwa’ untuk berada di sini.

Meskipun pertandingan ini bukan tempat bagi awak tetapi kita ada cara lain untuk kembangkan bakat dan karier kita, sebab rezeki itu ada di mana-mana.

Saya suka sangat dengan nada suara awak, memang sedap. Kalau awak kekalkan cara ‘busking’ awak ini hingga ke luar negara saya jamin awak akan kekal lebih lama daripada peserta lain dalam pertandingan ini.

Kalau korang tengok ruangan komen pula, netizen puji cara Amir Jahari yang walaupun dia terima komen agak pedas tapi tetap meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian. Ahad lepas pun Amir dah buktikan yang dia sememangnya layak!

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas