
Oh! Artis
Nilam Tak Jadi Cerai Dengan Azlan Komeng, Dedah Kini Hamil Anak Sulung
Azlan Komeng masih pertahankan rumah tangga walau isteri fail fasakh, Puan Nilam pula umum bakal timang anak lelaki.
Usahawan dan influencer TikTok, Nur Nilam Ortiz mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Khabar gembira ini juga menjawab persoalan ramai mengapa rumahtangganya bersama pelakon Azlan Komeng masih lagi bertahan.
Bakal timang anak lelaki, mohon doa ramai
Video tersebut turut menampilkan imbasan ultrasound dengan label “it’s a boy!” menandakan pasangan ini bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku… aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya…
Pada 9 April lalu, Nilam tampil ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, Azlan. Katanya, Azlan mahu berpoligami dan dia rela mengundurkan diri.
Tapi, nampaknya pasangan ini tidak jadi berpisah dan dikurniakan pula cahaya mata sulung yang sudah lama dinanti-nantikan.
Pssttt! Ada hikmah rupa-rupanya perselisihan faham yang jadi baru-baru ini kan? Semoga urusan Nilam dan bayi dalam kandungan dipermudahkan.
Kredit: TikTok @puan_nilamortiz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
