Pasangan pengantin baru, Ina Naim dan suaminya, akhirnya muncul bersama buat pertama kali dalam sesi langsung TikTok, semalam.
Kejutan itu menarik perhatian ramai dengan tontonan mencecah 22,000 orang! Penonton tidak lepaskan peluang untuk bertanya pelbagai soalan tentang kehidupan Ina yang kini melalui fasa baharu.
Dalam sesi live itu, selain daripada pertanyaan biasa, ramai yang tertanya-tanya tentang keberadaan anak lelaki keduanya, Salman Elkhoyri, yang tidak kelihatan semasa majlis akad nikah.
Netizen juga perasan bahawa Salman tiada dalam gambar keluarga, sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Tak nampak Salman di majlis akad nikah
Menurut Ina, Salman sebenarnya cuba mengelak daripada diperhatikan oleh wartawan. Sewaktu dia sedang bersiap-siap untuk akad nikah, Salman masuk ke bilik dan memberitahu bahawa ramai wartawan hadir, membuatkan dia berasa kurang selesa.
Rupanya Salman takut disoal wartawan, sibukkan diri
Ina menjelaskan, anaknya yang pemalu itu menyibukkan diri dengan tugas mengangkat dulang dan makanan untuk mengalihkan perhatian.
Malah, dia juga mengambil masa untuk menziarahi kubur bapanya sebelum singgah di masjid, menjadikan hari itu penuh dengan aktivitinya sendiri.
Jelas Ina lagi, pada hari tersebut Salman juga didapati tertidur di dalam biliknya dan didenda membasuh kawah serta belanga keesokan harinya.
#OhmediaNasihat
Dalam hidup, setiap orang punya cara tersendiri untuk menghadapi situasi yang besar, terutamanya yang melibatkan tumpuan ramai.
Seperti yang dilakukan Salman, dia memilih untuk menyibukkan diri dalam caranya tersendiri. Penat sangat sampai tertidur!