
Oh! Artis
“Tak Pernah Minta Itu, Ini” – Neelofa Terharu Suami Hadiah Gelang Sedondon Cincin Kahwin
Oleh
Selebriti popular Neelofa meluahkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada suaminya, Haris Ismail di atas pemberian gelang tangan sempena hari jadinya yang ke-34 hari ini.
BACA: “Untung Pak Ustaz Dapat Isteri Manja” – Netizen Teruja Lihat Neelofa Lentok Atas Peha Haris
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada Muhamad Bilal ini berkata, dia tak pernah meminta apa-apa daripada suami tetapi suaminya sentiasa cuba membahagiakan dirinya.
Hadiah hari jadi daripada suami
Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
Dalam pada itu, usahawan jenama terkenal ini bersyukur di atas segala bimbingan, kasih sayang dan keprihatinan Haris untuk setiap hal dalam hidupnya.

Doanya semoga keluarga kecilnya itu diberi ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa.
Kredit: Instagram Neelofa
