Connect with us

Oh! Media

Nama Vivy Yusof ‘Dipetik’ Netizen Berkaitan Kes Cincin Berlian Bernilai Lebih RM3 Juta Hilang Dicuri

Ohmedia  Vivy Yusof

Oh! Artis

Nama Vivy Yusof ‘Dipetik’ Netizen Berkaitan Kes Cincin Berlian Bernilai Lebih RM3 Juta Hilang Dicuri

Tular satu laporan daripada akhbar Perancis mengenai cincin berlian milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa telah dicuri di sebuah hotel di Paris.

Menerusi berita berkenaan, ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet siapakah gerangan pemilik cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) yang berasal dari negara ini.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof ‘dipetik’ oleh warganet dan menyebabkan tersebar dakwaan berkenaan.

IKLAN

Bukan itu sahaja, seorang individu terus bertanya kepada Vivy sendiri di bahagian komen sama ada benar dakwaan tersebut.

Saya peminat awak. Saya tertanya-tanya, adakah awak mangsa kehilangan cincin bernilai 800 ribu USD di Paris.

Screenshot 2023 12 28 123132

Dalam pada itu, Vivy Yusof tidak berdiam diri dan tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dengan memuat naik gambar serta memberikan responnya.

Vivy Yusof kat Penang ye, bukan Paris.

Screenshot 2023 12 28 121126

Difahamkan, pihak hotel mewah di Paris menawarkan penginapan percuma selama tiga malam kepada usahawan wanita tersebut dan kemudian memaklumkan mereka menemui cincin berkenaan di dalam beg vacuum.

BACA: “Ni Bukan Hijab”- Netizen Tegur Vivy Yusof Buat Tutorial Shawl Tapi Nampak Leher

Terdahulu, usahawan terkenal, Vivy Yusof ditegur oleh netizen kerana berkongsi tutorial memakai shawl namun menampakkan lehernya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Screenshot 2023 12 28 123132
  • Screenshot 2023 12 28 121126
  • Ohmedia  Vivy Yusof
  • Screenshot 2023 12 28 123132
  • Screenshot 2023 12 28 121126
  • Ohmedia  Vivy Yusof

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas