Connect with us

Oh! Media

“Ni Bukan Hijab”- Netizen Tegur Vivy Yusof Buat Tutorial Shawl Tapi Nampak Leher

Ohmedia vivy

Oh! Artis

“Ni Bukan Hijab”- Netizen Tegur Vivy Yusof Buat Tutorial Shawl Tapi Nampak Leher

Usahawan terkenal, Vivy Yusof sering mempromosikan tudung jenamanya itu dengan cara yang tersendiri antaranya adalah dengan berkongsi tutorial gaya bawal atau ‘shawl’ di Instagram.

BACA: “British Menjajah Dan Bantu Bangunkan Negara Kita..”- Kenyataan Vivy Yusof Cetus Perdebatan Antara Netizen

Image 61

Seperti baru-baru ini, ibu kepada empat anak itu telah memuat naik video di mana dia berkongsi gaya lilitan selendang yang ‘simple’ untuk dicuba oleh wanita lain.

IKLAN

Menerusi video terbabit, Vivy dilihat menarik ke belakang ‘shawl’ berwarna kelabu itu dan menggunakan pin untuk ‘secure’ ‘selendang tersebut.

Ramai dilihat memuji kecantikan pemilik Fashion Valet ini selain ada yang bertanya tips bagaimana untuk memastikan selendang tidak bergerak dan menjadi senget.

Namun, segelintir dilihat mengkritiknya kerana tutorial ‘simple’ dikongsi Vivy tidak sempurna dan menampakkan bahagian leher.

Mereka berkata gaya tudung itu tidak mengikut syariah dan tidak patut digelar ‘bertudung’ sebaliknya ia merupakan trend fesyen dan digayakan ramai orang termasuklah ‘non-muslim’ di seluruh dunia.

Image 60

Sesetengah netizen berasa teruja untuk mencuba gaya tudung tersebut dan ada yang turut memuji wajahnya yang awet muda, tidak seperti seorang ibu yang mempunyai ramai anak.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas