Oh! Artis
Mimi Lana Langsai Hutang Sejak 2019 Dan Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Mimi Lana mohon maaf kepada jurusolek selepas isu hutang mekap RM250 sejak 2019 terbongkar di Threads.
Pelakon popular, Mimi Lana tampil memohon maaf kepada seorang jurusolek dikenali sebagai Aizat Badul Razak selepas terlepas pandang untuk membayar khidmat mekap sejak 2019.
Menurut laporan Kosmo, perkara itu tercetus selepas Aizat memuat naik satu hantaran di Threads, mendedahkan terdapat seorang selebriti yang masih berhutang RM250 dengannya sejak beberapa tahun lalu.
“Dah banyak kali beri peringatan” – luahan Jurusolek

Dalam hantaran berkenaan, Aizat meluahkan rasa kecewa apabila hutang tersebut tidak diselesaikan walaupun sudah beberapa kali memberi peringatan.
Nampak komen seorang artis ni pada hantaran seseorang komen ‘boleh la mekap saya pula’. Dan dia hutang aku duit mekap.
Dulu aku bagi harga RM250 untuk artis. Lepas tu sampai ke sudah buat lupa… Dah banyak kali bagi peringatan.
Hantaran itu pantas menarik perhatian ramai dan dipercayai ditujukan kepada Mimi Lana.
Mimi Lana akui silap, mohon maaf secara terbuka

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, kemudian tampil membalas hantaran tersebut dan mengakui kesilapannya.
Salam Aizat. Saya nampak Threads awak dan saya tahu awak bercakap tentang saya sebab saya yang komen pada orang tu macam tu.
Maafkan saya… ada satu mesej peringatan daripada awak untuk bayar dari 2019. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terlepas pandang tentang perkara ini.
Tambah Mimi, jika bukan kerana peringatan terbuka tersebut, dia sendiri mungkin sudah terlupa tentang bayaran berkenaan.
Mimi turut menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk tidak membayar khidmat jurusolek dan kebiasaannya urusan bayaran diuruskan oleh pembantu peribadi atau pengurus.
Walaupun jumlahnya kecil bagi kami tetapi besar untuk orang yang sudah bekerja. Tak sepatutnya perkara ini berlaku.
Maaf sekali lagi dan tolong hubungi pembantu peribadi saya.
Pssttt! Soal bayaran walau kecil tetap besar maknanya kepada mereka yang bekerja. Jika terlepas pandang, cepatlah tampil memohon maaf dan selesaikan, integriti lebih bernilai daripada segalanya.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM