Connect with us

Oh! Media

“Mengenali Mas Idayu, Itulah Orangnya” – Siti Nuhaliza Akui Tak Pandai Beri Komen Marah-Marah

siti nurhaliza

Oh! Artis

“Mengenali Mas Idayu, Itulah Orangnya” – Siti Nuhaliza Akui Tak Pandai Beri Komen Marah-Marah

Kecoh juga isu komen pedas juri, Mas Idayu dalam program Famili Duo baru-baru ni ya. Sehingga ada dikalangan netizen mempersoalkan kebolehan Mas Idayu, siap cabar buat konsert atau sertai program Gegar Vaganza lagi. Korang ni, tak boleh la macam tu kan…

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Legend Tak Perlu Masuk Pertandingan” – Dicabar Masuk GV, Ini Respon Mas Idayu

Apapun, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sedar tentang isu hangat ini dan tampil memberikan sedikit nasihat buat penyanyi Sissy Iman untuk lebih terbuka dan tidak berputus asa.

Itulah sepak terajang bila sertai pertandingan…

Adik, janganlah putus asa. Dalam industri ini itulah sepak terajang yang perlu dihadapi. Apabila dalam pertandingan, kenalah berlapang dada membenarkan diri dikritik walaupun pedih di hati.

Dalam pada itu, Siti turut melihat setiap juri ada cara teguran mereka tersendiri dan melihat Sissy mungkin terkejut dan tidak menyangka akan menerima teguran sehebat itu.

Mengenali Mas Idayu, itulah dia orangnya. Dari sudut positif, mungkin dia menegur kerana telah masuk minggu keenam dan sepatutnya persembahan lebih baik.

Saya juga pernah menjadi juri tapi karakter saya bukanlah begitu. Saya pula tak tahu nak marah-marah orang kalau memberi komen.

Ini nasihat Siti Nurhaliza buat kakak dan adiknya…

Untuk pengetahuan korang, kakak dan adik Siti Nurhaliza juga sertai program Famili Duo ni tau dan ini pesanan buat mereka.

Saya sudah pesan kepada adik-beradik saya bahawa netizen akan bercakap dan Mas Idayu ada sebagai juri. Saya minta mereka bertenang sahaja terima teguran. Apa yang penting ada perkembangan baik setiap minggu.

Apapun, kita harapkan semua peserta akan tampil lebih bersemangat dalam persembahan minggu seterusnya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas