Connect with us

Oh! Media

Ramai Cadang Lagu Negaraku Dirakam Semula Dengan Suara Siti Nurhaliza, Ini Respon Tuan Badan

ohmedia ohmedia featured siti nurhaliza negaraku

Trending

Ramai Cadang Lagu Negaraku Dirakam Semula Dengan Suara Siti Nurhaliza, Ini Respon Tuan Badan

Suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di MotoGP jadi perhatian. Netizen cadang beliau rakam semula lagu kebangsaan.

Intipati berita

  • Persembahan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di MotoGP Sepang mendapat pujian ramai.
  • Netizen mencadangkan supaya suara Siti dirakam semula untuk dijadikan audio rasmi lagu Negaraku.
  • Siti menyambut baik cadangan itu dan menganggap pemilihan suara penyanyi bukan keputusan yang boleh dibuat olehnya sendiri.
  • Siti mendedahkan tawaran diterima sehari sebelum acara dan hanya sempat berlatih sendiri sebelum membuat persembahan.

Kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku sempena acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor pada Ahad lalu nyata mencuri perhatian ramai.

Malah, alunan suaranya ketika menyampaikan lagu kebangsaan itu turut mendapat pujian sehingga ada netizen mencadangkan supaya beliau merakamkan semula lagu Negaraku untuk dijadikan audio rasmi.

IKLAN

Menurut laporan mStar, Siti Nurhaliza menyambut baik pandangan tersebut dan menganggap perkara itu bukanlah sesuatu yang boleh diputuskan olehnya sendiri.

Ada orang suka suara penyanyi lelaki, ada yang suka suara wanita. Kalau untuk kebaikan saya okay sahaja.

Siti Nurhaliza terima tawaran saat akhir ketika hadir menonton MotoGP

@watieysoong @Siti Nurhaliza #ctdk #sitinurhaliza #motogp ♬ original sound – Watieysoong

Memetik laporan media, Siti berkongsi pengalaman tersebut ketika menghadiri majlis Malam Apresiasi Konsert Legacy 30 & Konsert Tradisional Gema Bumantara di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Menurutnya, tawaran untuk menyanyikan lagu Negaraku diterima hanya sehari sebelum acara berlangsung.

Difahamkan, pihak penganjur yang mengetahui kehadiran Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa telah meminta bantuan suaminya untuk bertanyakan sama ada beliau bersetuju menerima tawaran tersebut.

Memang ditawarkan pada saat akhir. Kebetulan saya pergi menonton bersama suami dan mungkin mereka tahu kehadiran saya. Pihak penganjur meminta suami untuk bertanyakan kepada saya.

Saya okay sahaja, ini juga dikira untuk negara.

Hanya berlatih sendiri sebelum persembahan

siti nurhaliza

Lebih menarik, Siti mendedahkan dia hanya sempat melakukan latihan sendiri sebelum tampil menyanyikan lagu kebangsaan di hadapan ribuan penonton.

Malah, proses perbincangan bersama pasukan orkestra Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilakukan menerusi panggilan telefon.

Gementar menyanyi dengan band, jadi saya nak dengar dahulu susunan muzik dan mereka berikan rakaman suara lelaki. Kami berbincang melalui telefon dan mereka lakukan susunan muzik baru ikut key saya. Saya hanya hantar rakaman suara menyanyi melalui voice note.

Mereka beri rakaman dan saya berlatih sendiri. Saya tahu tidak boleh keterlaluan kerana takut dikatakan tak hormat lagu kebangsaan. Cuma bahagian hujung saya naikkan sikit nada tinggi untuk beri semangat.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas