Connect with us

Oh! Media

“Dah Legend Tak Perlu Masuk Pertandingan” – Dicabar Masuk GV, Ini Respon Mas Idayu

Oh! Artis

“Dah Legend Tak Perlu Masuk Pertandingan” – Dicabar Masuk GV, Ini Respon Mas Idayu

Nama penyanyi dangdut, Mas Idayu menjadi hangat apabila menerima kecaman gara-gara memberi komen pedas buat penyanyi Naim Daniel dan Sissy Iman sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Tak Nanti Tidur Luar” – Netizen Kecam Suami Mas Idayu ‘Backup’ Isteri, Minta Tukar Juri

Dalam kecaman tersebut, terdapat segelintir netizen mencabar Mas Idayu untuk kembali semula memasuki pertandingan nyanyian, uish biar betul?

Mas Idayu GV - Oh! Media

Lebih pengalaman

Mas Idayu Juri - Oh! Media

Menurut penyanyi dangdut itu, pengalamannya selama 38 tahun dalam industri telah melayakkan dirinya untuk berada di kerusi juri.

Bukan takut, itu bukan tahap saya, minta maaf! Pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri. Saya aktif menjuri. Sudah 38 tahun saya dalam industri dan sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ini baru saya terima kecaman paling tinggi. Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka yang dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka untuk masuk pertandingan. Pertandingan hanya untuk mereka yang rasa diri mereka layak sahaja.

Selain itu, Mas Idayu juga berkata bahawa dirinya berlapang dada menerima kecaman netizen berikutan isu panas baru-baru ini.

Saya mengalu-alukan komen sesiapa sahaja yang nak memaki dan mencaci saya. Sejak beberapa hari ini saya banyak terima kata-kata kesat daripada netizen. Syukur Alhamdulillah, buatlah banyak-banyak lagi.

Mas juga tidak kisah dirinya dibenci oleh peserta program realiti Famili Duo namun mengharapkan bahawa mereka dapat bertahan hingga program tersebut berakhir.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas