
Oh! Artis
“Mampus Awal Aslam” – Marissa Dania Dikecam Letak Gula Melaka Seketul Besar Dalam Pengat Durian
Tular video Marissa Dania masak pengat durian, netizen kecam sebab letak gula melaka banyak.
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim sekali lagi menjadi sebutan selepas berkongsi video masakan di TikTok.
BACA: “Berikan Aku Seribu Kesibukan Ya Allah” – Marissa Dania Tak Mahu Lagi Fikir Hal Negatif?
Dalam video itu, Marissa dilihat memasak pengat durian dengan memasukkan bahan-bahan di dalam satu periuk.
“Gila letak satu ketul gula melaka…” – Netizen
Namun, apa yang mencuri perhatian bukanlah keenakan pengat itu, tapi komen pedas netizen yang mempertikai penggunaan gula melaka dalam kuantiti yang banyak.
Seorang pengguna TikTok bernama Len_len berkata, “Gila letak satu ketul gula melaka macam tu, mampus awal Aslam oleh kau mak cik.”
Komen tersebut disertai reaksi hampir 500 tanda suka dan mendapat perhatian Marissa sendiri.
Tanpa melatah, Marissa tampil menjawab secara bersahaja dengan menyatakan bahawa gula tersebut hanyalah sekadar visual untuk tunjuk bahan, dia sudah nyatakan dalam kapsyen bahawa ia dikeluarkan kembali.

Walaupun berlaku perdebatan kecil, ramai netizen tetap memuji kesedapan pengat yang dikongsikan Marissa.
Pssttt! Nak tunjuk resepi pun sekarang kena hati-hati, takut kena ‘goreng’ dengan netizen. Tapi Marissa jawab dengan chill dan terus menang gaya. Apa pun, pengat durian dia nampak memang padu. Sis pun terliur tengok!
Kredit: TikTok Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
