Connect with us

Oh! Media

“Kesiannya Tak Ada Identiti Sendiri..” – Netizen Dakwa Dewi Tiru Cik Epal

Ohmedia dewi jofliam cik epal

Oh! Artis

“Kesiannya Tak Ada Identiti Sendiri..” – Netizen Dakwa Dewi Tiru Cik Epal

Sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan piza Jofliam pada 5 April lalu, nama Dewi terus menjadi perhatian netizen.

Belum sempat reda isu ‘orang ketiga’, kini timbul pula dakwaan baru yang lebih panas.

“Salin & tampal gaya Cik Epal?”- Netizen.

Image

Menurut satu perkongsian di Thread oleh @Halina Kamaludin, ramai netizen mendakwa gaya penampilan Dewi seakan-akan meniru bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.

IKLAN

Dari tudung sampai padanan baju, dikatakan sebiji! Malah, gaya bergambar pun dikatakan hampir sama.

Netizen rasa Dewi macam “Copycat”?

Image

Disebabkan persamaan yang ketara itu, ramai mula bersuara bahawa Dewi seolah-olah cuba meniru Cik Epal dan tidak mempunyai identiti fesyen sendiri.

Ada juga yang menyuarakan rasa kurang senang dan mempertikaikan keikhlasan gaya Dewi yang kini jadi sorotan utama.

Image

#ApaKataOhmedia

Bila hidup dalam spotlight, memang apa saja mudah jadi bahan bualan. Tapi bila gaya pun hampir sama, netizen pastilah cepat buat perbandingan.

Apa pun, mungkin Dewi ada citarasa tersendiri yang kebetulan sama dengan Cik Epal. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Kredit: Threads
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas