Oh! Artis
Netizen Nak Boikot Wany Hasrita Hanya Disebabkan Piza Jofliam?
Wany Hasrita dikecam hebat selepas kongsi piza Jofliam di Instagram. Ada sampai seru boikot!
Gara-gara berkongsi foto piza milik usahawan kontroversi Jofliam di Instagram, penyanyi Wany Hasrita menerima kecaman hebat daripada netizen.
Menurut laporan Kosmo, Wany berkongsi momen menerima piza pemberian Jofliam ketika mereka sama-sama berada di sebuah acara menjual barang terpakai.
Sekali seumur hidup merasa.
Namun perkongsian ringkas itu mencetuskan reaksi luar jangka apabila ada pihak menuduh Wany sebagai penyokong Jofliam, yang juga bekas suami kepada pempengaruh terkenal, Cik Epal.
Ada sampai nak boikot Wany Hasrita

Lebih panas, segelintir netizen menyuarakan hasrat untuk memboikot Wany, termasuk menarik sokongan terhadap kerjayanya.
Minat Wany Hasrita sebelum ini sebab aku suka perwatakan dan lagu-lagu dia. Tapi maaf cakap, lepas ini tidak lagi. Bukan masalah teringin ke apa. Kamu tahu apa yang terjadi.
Ini bukan tentang urusan peribadi adalah urusan peribadi, tetapi tentang empati dan sifat perikemanuniasaan. ‘Unfollow’ (nyah ikut) dan tiada lagi sokongan.
Kecaman itu nyata mengejutkan ramai memandangkan Wany sebelum ini dikenali dengan imej bersih dan tidak terpalit kontroversi.
Ramai pertahan Wany, minta netizen bertenang

Dalam pada itu, tidak semua bersetuju dengan kecaman yang dilemparkan. Ada juga netizen tampil mempertahankan Wany dan meminta orang ramai tidak terlalu taksub dengan konflik melibatkan pihak lain.
Apa bodohnya di subuh hari ini aku baca netizen kecam Wany Hasrita sebab dia makan piza Jofliam. Bukannya dia makan babi.
Tolong jangan kacau Wany. Dia baik. Lantak dia la nak makan apa pun, asalkan halal. Kau orang taksub dengan artis sampai ke liang lahad kau orang punya pasal. Jangan babitkan artis yang tiada kontroversi.
Pssttt! Tak semua yang kita lihat di media sosial wajar dihukum melampau. Bezakan empati dengan emosi, dan jangan seret individu yang tiada kaitan langsung dalam konflik orang lain.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM