Trending
“Amenda La Pakai Macam Ni Pergi Mall”, Rakaman Wanita Pakai Seluar ‘Mencolok Mata’ Undang Kecaman Netizen
Penampilan seorang wanita dengan pakaian mencolok mata di pusat beli-belah mengundang kecaman netizen di Threads.
Intipati berita
- Seorang wanita mengundang kecaman selepas memakai seluar yang dianggap mencolok mata ketika berada di sebuah pusat beli-belah.
- Video penampilannya dikongsikan di Threads oleh pengguna dikenali sebagai Nrlysyqinnnn.
- Rata-rata netizen mempersoalkan kesesuaian pakaian tersebut, malah pengguna berbangsa Cina turut menyuarakan rasa kurang senang.
- Netizen berpendapat kebebasan berfesyen perlu disertakan dengan kesedaran terhadap kesesuaian pakaian mengikut tempat dan keadaan.
Tindakan seorang wanita mengenakan pakaian yang dianggap kurang sopan ketika berada di sebuah pusat beli-belah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video di Threads oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nrlysyqinnnn, wanita berkenaan dilihat memakai seluar yang didakwa menampakkan bahagian sensitif ketika berada di tempat awam.
Penampilan seorang wanita undang kecaman ramai?
View on Threads
Berdasarkan video yang dikongsikan, wanita berkenaan yang dipercayai berbangsa Cina turut dilihat ditemani seorang lelaki ketika berjalan di sekitar pusat beli-belah tersebut.
Amenda la pakai macam ni pergi mall (pusat beli-belah) tak hormat ke orang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan wanita berkenaan yang dianggap tidak sesuai untuk kawasan awam.
Apa pandangan pengguna berbangsa cina?
Malah, terdapat juga pengguna berbangsa Cina yang turut menyuarakan pandangan sama dan menganggap pemakaian tersebut keterlaluan.
Saya chinese (orang Cina). Ini semenangnya tidak ok. Jijik aku tengok.
Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Thelilyflower01 turut berkongsi pandangannya mengenai isu berkenaan.
Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina, saya bersetuju!! Kita menghormati kebebasan dalam berfesyen, tetapi ingat, ini pusat beli-belah, bukannya bilik tidur anda. Patung peraga pakaian pun memakai pakaian yang lebih sopan.
