Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kena Nangis? Bukan Laki Aku Kena Sondol” – Dialog Michael Ang Buat Netizen Terhibur!

michael ang

Oh! Artis

“Kenapa Kena Nangis? Bukan Laki Aku Kena Sondol” – Dialog Michael Ang Buat Netizen Terhibur!

Pengarah terkenal, Michael Ang mengundang perhatian ramai selepas memuat naik video membandingkan realiti sebenar seseorang di dalam hati dan keadaan bila di hadapan khalayak ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Skandal Bongkar Segala Perbualan Aliff Aziz Dengan Ruhainies Di WhatsApp

Pengarah tersebut bagaimanapun berkata, babak yang dilakonkan hanyalah jenaka semata-mata tiada kaitan dengan apa-apa isu yang berlaku sekarang ini.

Dalam babak yang dilakonkan itu, Michael berkata, inilah dialog sebenar yang tersimpan di dalam hati namun tidak dapat dilontarkan di khalayak ramai.

Okay, ini adalah lakonan realiti sebenarnya dalam hati. 1 2 3 action. Eh reporter reporter bab*, korang nak interview aku apa? Kenapa korang nak suruh aku menangis? Perlu ke aku menangis? Aku penyondol, kenapa aku kena nangis? Bukan laki aku yang kena sondol. Aku yang nyondol laki orang lain. Patutnya aku gembira, perlu ke aku menangis? I should be proud.

Tetapi, apabila berhadapan dengan para wartawan lain pula yang diluahkan di mana hanya perkataan-perkataan baik yang keluar dari mulut.

Abang-abang adik-adik reporter terima kasih sebab datang support kita ya. Kita bukan tak nak menangis, kita tak pandai lah nak menangis depan reporter buat cerita sedih sebab tahulah kan, lakonan kita pun kayu kadang-kadang kan. So kita memang tak pandai nangis, kalau nangis pun kena pakai eyemore. Lupa pulak bawak eyemore. Kita nak cakap satu je, jangan hukum kita seteruk itu sebab Allah yang tahu. Hanya Allah je tahu hal sebenarnya, kita tak bersalah. Itu fitnah.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terhibur mendengar dialog yang dilontarkan pengarah ini. Ada yang mengaitkan dengan prosiding kes khalwat yang berlangsung di mahkamah hari ini.

Kredit: Instagram Michael Ang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas