Connect with us

Oh! Media

Kenali Siapa Sebenarnya Pelakon Zombi Paling Liat Nak Mati Dalam All Of Us Are Dead, Gwi Nam

yoo in soo

Oh! Artis

Kenali Siapa Sebenarnya Pelakon Zombi Paling Liat Nak Mati Dalam All Of Us Are Dead, Gwi Nam

Siapa yang dah habis layan siri zombi terbaru Netflix, All Of Us Are Dead mesti akan rasa sakit hati betul dengan watak zombi paling liat nak mati, Yoon Gwi Nam. Tak tahulah berapa kali Gwi Nam ni jatuh dari tempat tinggi sampai tercucuk dekat besi, tetap tak mati. Haha!

ADVERTISEMENT

BACA: Penonton Persoal Dan Kritik Babak Keganasan Seksual Pelajar Sekolah Dalam Siri “All Of Us Are Dead”

Tapi itulah apa yang membuatkan siri ini menarik apabila mereka berani mempertontonkan kepada kita pelakon-pelakon kurang popular tetapi berjaya menarik minat penonton. Sudah tentu pengarah All Off Us Are Dead iaitu Lee Jae Gyu ada sebab tersendiri.

Apapun, terbukti syarat artis wajib memiliki sejuta pengikut bukanlah menjadi punca utama sesebuah karya itu mendapat sambutan.

Ok! Kembali kepada cerita utama. Siapa pelakon zombi paling liat ni?

Watak pembuli di sekolah a.k.a zombi paling liat, Yoon Gwi Nam sebenarnya dilakonkan oleh Yoo In Soo yang baru sahaja berusia 24 tahun. Setahu Ohmedia, kalau watak jahat dalam sesebuah cerita tu penonton jadi benci sangat, itu bermakna pelakon watak itu sangat hebat.

Biodata ringkas tentang Yoo In Soo

  1. Yoo In Soo dilahirkan pada 25 Mac 1998 (24 tahun).
  2. Beliau memulakan karier sebagai pelakon pada tahun 2017. Pada tahun itu, beliau berjaya membintangi sebanyak 5 drama seperti While You Were Sleeping, Shool 2017, Avenger Social Club, Strong Woman Do Bong Soon dan Sweet Revenge.
  3. Kejayaan In Soo menempa nama pada tahun pertama debutnya membuahkan hasil apabila berjaya dapat lebih banyak tawaran.
  4. In Soo juga aktif dalam dunia modeling dan fesyen. Pencapaian terbaik adalah menghadiri Seoul Fashion Week yang berlangsung di Dongdaenum Design Plaza (DDP).

Nak tahu lebih dekat dengan In Soo, boleh ikut rapat dekat Instagram peribadi In Soo. Korang janganlah benci sangat dekat dia, watak Gwi Nam tu lakonan jer. Dia kacak elok jer sebenarnya. Kah!

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas