Connect with us

Oh! Media

Penonton Persoal Dan Kritik Babak Keganasan Seksual Pelajar Sekolah Dalam Siri “All Of Us Are Dead”

all of us are dead

Oh! Artis

Penonton Persoal Dan Kritik Babak Keganasan Seksual Pelajar Sekolah Dalam Siri “All Of Us Are Dead”

Wah! Mesti ramai yang dah atau tengah layan sisi terbaru Netflix “All Of Us Are Dead” yang baru jer dilancarkan pada 28 Januari lepas. Ohmedia pun baru lepas tonton 12 episod dan memang best dengan idea serangan zombi yang fresh tapi tetap tidak dapat lari dari kritikan penonton.

ADVERTISEMENT

Sebagai contoh, penonton mempersoal babak keganasan seksual yang dianggap keterlaluan dan sepertinya tidak perlu diselitkan pun di dalam naratif drama ini.

Dalam episod 1, Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo) membuli Oh Hye-soo (Min Eun-ji) dengan menanggalkan pakaiannya dan meminta Kim Cheol-soo (Ahn Ji-ho) untuk merakam kejadian itu. Dalam babak itu, pelajar perempuan itu hanya memakai skirt dan menutup bahagian dadanya dengan tangan.

kontroversi all of us are dead
Sumber Gambar: Kimchi Daily

Meskipun Lee Soo-hyuk (Park Solomon) datang bagi membawa kedua mangsa keluar, namun ayat Yoon Gwi-nam membuatkan gadis itu kembali membuka bajunya kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku.

Awak nampak seksi dalam video ini. Saya kawan dengan ibu awak di Facebook. Patut tak saya hantar kepadanya?

kontroversi all of us are dead
Sumber Gambar: Kimchi Daily

Babak berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton memandangkan ia mengobjektifikasikan pelajar perempuan bawah umur.

Berikut adalah antara komen dari penonton:

Apabila menceritakan kisah jenayah, menyakitkan mangsa bukan lah seni tapi kesalahan.

Untuk mengkritik jenayah seksual, babak berkenaan tidak sepatutnya dipaparkan sebagai pornografi.

Saya tak pasti mengapa babak itu dilepaskan hingga suntingan terakhir.

Siri itu semakin dikritik kerana babak berkenaan langsung tidak muncul dalam webtoon asalnya.

Malah babak lain turut menimbulkan rasa kurang senang penonton ialah di mana salah seorang pelajar perempuan di sekolah itu yang melahirkan anak di dalam tandas sebelum berubah menjadi zombi.

Kalau dah tonton apa pula pendapat korang? Bagi kami penceritaan siri ini agak perlahan sehingga kita yang menonton rasa nak skip setiap babak yang tidak penting.

Kredit: kimchi daily

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas