Connect with us

Oh! Media

Kembar Syafiq Kyle Sudah Selamat Bernikah April Lalu

syafiq kyle

Oh! Artis

Kembar Syafiq Kyle Sudah Selamat Bernikah April Lalu

Tahniah kepada ‘kembar’ pelakon, Syafiq Kyle sebab awak dah selamat pun bernikah dulu. Kalau korang ingat, Zukhairi Zulkifli sebelum ni pernah viral disebabkan wajahnya yang mirip seperti Syafiq.

ADVERTISEMENT

Zukhairi yang sempat menjadi kegilaan ramai gadis bagaimanapun dimaklumkan sudahpun mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati pada 29 April lalu.

Bahkan, isteri Zukhairi iaitu Aifa, 22 turut tidak menyangka jodohnya bersama lelaki viral. Aifa turut akui dia pernah rasa nak putus asa ketika cuba pikat hati suaminya.

Suami saya ni pernah viral dulu sebab wajahnya dikatakan sama macam Syafiq Kyle. Orang panggil dia Syafiq Kyle Cabang Tiga disebabkan dia kerja dekat stesen minyak Shell di Terengganu.

Saya mengenali suami masa bulan Ramadan 2017 sewaktu balik dari bazar. Masa tu motosikal saya kehabisan minyak. Saya buntu nak isi minyak sebab semua stesen tutup kerana dah hampir waktu berbuka puasa.

Memikirkan suaminya mula menjadi viral gara-gara wajah seiras dengan pelakon Syafiq Kyle, Aifa kemudiannya mendiamkan diri tanpa berusaha mendekati Zukhairi kerana terlalu banyak peminat wanita cuba untuk mengenali suaminya pada ketika itu.

Saya bawa diri sebab dah malas nak kejar dia. Ramai sangat wanita yang mendekati pada ketika itu. Tapi lepas tu dia hantar mesej dekat Instagram tanya kenapa lama menghilang. Selepas itu kami berbual semula dan hubungan kami menjadi bertambah rapat.

Setelah mengenali hati budi masing-masing, Aifa dan Zukhairi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga awal tahun ini.

Tahniah buat Zukhairi dan Aifa, semoga masjid yang dibina kekal hingga akhir hayat. Sekarang ni kita tunggu pula Syafiq Kyle sebenar naik pelamin.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas