Connect with us

Oh! Media

Mimi Lana Harap Tak Ditanya Soal Anak

Mimi Lana

Oh! Artis

Mimi Lana Harap Tak Ditanya Soal Anak

Walaupun baru sebulan melangkah ke alam rumah tangga, pelakon jelita Mimi Lana sudah menjangkakan akan disoal pelbagai perkara sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, termasuklah soalan ‘cepu emas’ tentang cahaya mata.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, soalan sebegitu seharusnya tidak diajukan lebih-lebih lagi dalam tempoh awal perkahwinan mereka.

Saya baru sebulan lebih berkahwin dan berharap tiada yang bertanya soalan seperti bila hendak dapat anak.

Kalau tanya soal anak, itu ketentuan Allah dan bukan saya yang tentukan,” katanya kepada Kosmo!.

IKLAN

Tahun ini giliran beraya di rumah mentua…

Mimi Lana

Berkongsi mengenai persiapan raya pertamanya sebagai isteri kepada pelakon Syafiq Kyle, Mimi memaklumkan yang mereka akan menyambut hari raya pertama di rumah mentua di Kuala Lumpur.

Kami tidak bergaduh hendak balik kampung mana kerana keputusan dibuat secara bersama. Memang saya memilih untuk beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan kedua.

Mimi turut menjelaskan yang giliran raya kali ini sememangnya ditetapkan sejak awal oleh keluarga besarnya di Taiping.

Kebetulan semua adik-beradik dan sepupu saya balik rumah mentua masing-masing tahun ini. Tahun depan semua akan kembali beraya di Taiping termasuklah saya.

Mimi Lana tak kekok jadi menantu…

Syafiq Kyle

Walaupun ini kali pertama Mimi menyambut lebaran sebagai menantu, dia akui tidak kekok kerana sudah biasa dengan keluarga suaminya.

Selepas Kuala Lumpur, barulah kami pulang ke kampung saya di Taiping pada raya ketiga.

Walaupun pertama kali beraya sebagai menantu saya tidak rasa kekok dengan keluarga Syafiq.

Zaman bercinta dahulu pun saya pernah beraya di rumahnya tetapi pada raya kelima.

Untuk info, Mimi dan Syafiq selamat bergelar suami isteri pada 14 Februari lalu dalam majlis tertutup yang berlangsung di Taiping, Perak.

Mereka sebelum ini merancang untuk berkahwin pada Ogos 2023 namun majlis itu dibatalkan tanpa penjelasan.

#ApaKataOhmedia

Bila orang baru mendirikan rumah tangga, soalan seperti “bila nak ada anak?” mungkin kedengaran biasa, tapi sebenarnya boleh beri tekanan.

Kita tak tahu cerita di sebalik senyuman pasangan suami isteri. Lebih baik tanya khabar dan doakan yang baik-baik je.

Mimi Lana

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas