Oh! Artis
Syafiq Kyle Mohon Restu Sebelum Akad Nikah Bikin Sebak, Ayah Di Kerusi Roda Menangis
Detik penuh emosi menyelubungi majlis pernikahan pelakon terkenal, Syafiq Kyle, apabila beliau sempat memohon restu daripada ayah tercinta sebelum melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.
BACA: Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Nikah Hari Ini, Tetamu Tak Dibenar Bawa Telefon Di Majlis Tertutup
Video yang dikongsi oleh penyampai radio @radinamiraffendy menunjukkan Syafiq Kyle yang lengkap berbaju Melayu putih tunduk menghormati bapanya yang berada di atas kerusi roda.
Syafiq mohon restu, cium bapa yang menangis di kerusi roda
Ketika itu, bapanya dilihat sebak dan menangis sementara Syafiq menyantuninya dengan penuh lembut.
Momen indah ini berlaku sebelum Syafiq sah bergelar suami kepada Missmimilana dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup.
Netizen tersentuh tengok hubungan erat mereka



Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut meluahkan rasa sebak dan tersentuh dengan kasih sayang yang dipaparkan.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga ini dan berharap agar Syafiq Kyle serta pasangannya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan.
#ApaKataOhmedia
Video ini jelas menunjukkan hubungan erat Syafiq Kyle dan bapanya. Sudah tentu Syafiq memerlukan sokongan dan restu sebelum mengambil alih tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup. InsyAllah Syafiq akan menjadi seorang suami yang baik.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @radinamiraffendy