Oh! Artis
Netizen Perasan Fazura Tak Hadir Majlis Nikah, ‘Unfollow’ Mimi Lana Di Instagram?
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita gembira apabila pasangan sensasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Mimi di Taiping.
BACA: Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Nikah Hari Ini, Tetamu Tak Dibenar Bawa Telefon Di Majlis Tertutup
Peminat yang sekian lama menantikan detik bahagia ini tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini hingga ke syurga.
Netizen tertanya-tanya mengapa Fazura tak hadir
Di sebalik kegembiraan, peminat tertumpu kepada ketiadaan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura di majlis pernikahan tersebut.
Ketiadaan Fazura menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen memandangkan mereka mempunyai hubungan rapat sebelum ini.
Netizen perasan Fazura ‘unfollow’ Mimi Lana?



Lebih menguatkan spekulasi, netizen mendakwa Nur Fazura telah berhenti mengikuti akaun Instagram Mimi Lana walaupun Mimi masih mengikuti akaun Fazura.


Perkara ini mencetuskan persoalan mengenai status persahabatan mereka yang dikatakan mungkin sedang dilanda masalah.
#ApaKataOhmedia
Sebagai peminat, kita haruslah berbaik sangka dan tidak membuat sebarang spekulasi. Mungkin ada sebab mengapa rakan artis tidak hadir ke sesuatu majlis.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Threads | Beautifulnara