Connect with us

Oh! Media

“Kacang Lupakan Kulit” – TikToker Dakwa Akaun Kena ‘Hack’ Rupanya Telah Langgar Kontrak Syarikat

20221112 130927 0000

Oh! Artis

“Kacang Lupakan Kulit” – TikToker Dakwa Akaun Kena ‘Hack’ Rupanya Telah Langgar Kontrak Syarikat

Sebelum ini telah muncul satu isu di mana seorang TikToker terkenal, Liana telah memaklumkan bahawa akaun lamanya telah disekat dan memaksanya untuk membuka akaun yang baru.

BACA: Cari Yang Lain Bro” – Niat Nak Buat ‘Surprise’, TikToker Terkejut GF Tengah ‘Menyedap’ Dengan Lelaki Lain

Dakwaan itu telah disangkal oleh syarikat yang telah bekerjasama dengan Liana dengan menyatakan bahawa TikToker itu sebenarnya telah melanggar kontrak syarikat, eh yeke?

IKLAN

Buat akaun baru

Dalam video penjelasan tersebut, syarikat mendakwa perjanjian kontrak melibatkan segala rakaman, pengurusan akaun dan pembayaran set akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Setelah 10 bulan bersama, syarikat telah menerima mesej daripada Liana yang memaklumkan dirinya tidak boleh bekerja lama.

Saya memang tiada masa sebab saya mengandung. Saya kena jaga kandungan saya dan juga nutrisi pemakanan. – Liana

Dakwanya syarikat lagi, atas dasar kemanusiaan, syarikat tidak memaksa Liana untuk bekerja namun terpaksa menanggung kos kerugian. Namun, Liana didakwa telah membuka akaun persendirian yang baru dan menerima banyak tawaran kerja berbanding akaun yang diuruskan syarikat. Ini menyebabkan TikToker itu telah melanggar kontrak syarikat dan akaun lama itu telah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat.

Kacang lupakan kulit?

@liafa62 Liana nk belanja someone makan ni hehe. Siapa nak? 🙋🏻‍♀️ Tgk smpi habis ✨ • • #halalfood #yummy #inmytummy #nom #nomnom #dessert #makanlokal #malaysianfood #léatheexplorer #beepbeep #foryou #foryoupage #fypシ #fyp #trending #viral #tiktokmalaysia ♬ Imagination – Lize Mynhardt

Menjengah ke akaun baru Liana, rata-rata video yang telah dimuat naik masih lagi mempunyai konten yang sama iaitu food review dan juga vlog. Namun, komen-komen daripada warganet menganggap bahawa tindakan Liana itu bagaikan ‘kacang lupakan kulit’

Screenshot 20221112 125328 tiktok
Screenshot 20221112 125401 tiktok

Ooo, jadi itu rupanya cerita sebenar. Kita tunggu penjelasan daripada Liana pula.

Kredit: TikTok | Twitter IniAlalalannn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas