Connect with us

Oh! Media

Juara AJL Ke-38, Amir Jahari Kongsi Kisah Di Sebalik Penciptaan Lagu Hasrat

amir hasrat

Oh! Artis

Juara AJL Ke-38, Amir Jahari Kongsi Kisah Di Sebalik Penciptaan Lagu Hasrat

Seperti dijangkakan, lagu ‘Hasrat’ yang dicipta sepenuhnya oleh Amir Jahari muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38. Amir membawa pulang RM100,000 dan trofi menewaskan 11 finalis AJL lain yang sama-sama hebat. Nak tahu keputusan penuh boleh tekan link bawah ni…

ADVERTISEMENT

BACA: Amir Jahari Juara AJL Ke-38, Bawa Pulang RM100,000

Apapun, Ohmedia sekarang ni rasa tertarik pula nak bongkar semula tentang kisah di sebalik lagu Hasrat ni. Amir sebelum ni pernah berkongsi tentang bagaimana terhasilnya lagu ini yang menjadi trending selepas filem Imaginur ditayangkan di pawagam.

Sejak itu, ramai yang menggunakan lagu ini di TikTok bagi menunjukkan suasana sedih. Amir sendiri akui yang lagu ini memang dicipta untuk membuatkan penonton dan pendengar berasa sedih.

Amir Jahari hasilkan lagu Hasrat dengan perasaan dan emosi yang tak dapat pulang ke kampung lihat ayah sakit…

Amir atau nama penuhnya, Mohammad Amirullah Jahari berkata lagu ini dihasilkan ketika pandemik Covid-19 dan ilham muncul ketika bapanya dimaklumkan menghidap kanser paru-paru.

Ilham asal Hasrat adalah daripada sinopsis dan waktu itu kami tidak tahu Imaginur ni cerita dia macam mana. Daripada sinopsis tu saya cuba buat dan bayangkan bagaimana lagu tersebut.

Alhamdulilah lagu tersebut siap dalam masa singkat tapi filem ini belum pun mula penggambaran lagi, skrip pun tak buat lagi. Selepas filem ini siap dan ditayangkan baru faham setelah tiga tahun filem itu dihasilkan.

Ramai yang rasa sedih bila dengar lagu ni sebab sebenarnya saya hasil lagu ni juga sewaktu dapat berita bapa sakit kanser dan waktu tu tak boleh pulang ke kampung.

Sebab itulah bila dengar lagu ni kita dapat rasa emosi yang datang dari hati Amir. Ohmedia ucapkan tahniah kepada Amir Jahari, semoga dengan kejayaan ini Amir dapat terus hasilkan lebih banyak karya hebat.

Lirik penuh lagu Hasrat ciptaan Amir Jahari…

Jika hari ini yang terakhir
Izinkanku mendengar suaramu lagi

Jika hari ini
Ku menghembuskan nafas terakhir
Pedulikah kamu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tiada daya dan upaya
Untuk membuatmu senyum
Seakan-akan tidur
Yang kusangkakan
Hanyalah mimpi
Tidak terperi
Genggam erat tanganku

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhenti berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Tuhan Izinkan ku
Cerita apa ku rasa
Izinkan
Ku lafas kata cinta
Beri makna rindu

Teriaklah
Sekuat mana pun aku
Suara ini tiada mendengar
Teriaklah
Berhentilah berharap
Teruskan hidupmu
Ku ingin pulang

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas