Connect with us

Oh! Media

Isu Mawla Amin: Menteri Agama Beri Peringatan Supaya Tidak Taasub Melampau!

Mawla amin menteri agama ohmedia

Oh! Artis

Isu Mawla Amin: Menteri Agama Beri Peringatan Supaya Tidak Taasub Melampau!

Tidak salah untuk kita menyukai seseorang tetapi janganlah sampai terlalu taasub sehingga masih tetap menyokong jika idola kita melakukan kesilapan. Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut memberikan peringatan kepada masyarakat untuk menjauhi sikap taasub.

BACA: Individu Mengaku Cicit Nabi Muhammad, Mawla Amin Dan Pengikutnya Kini Dalam Pantauan PDRM

Image 97

Peringatan ini diberikannya selepas melihat masyarakat terampau taasub dengan lelaki warga Maghribi yang mendakwa dirinya ada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

IKLAN

Jabatan Perdana Menteri mengikuti perkembangan laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pada 20 Februari 2024 bertajuk ‘Eksploitasi Nasab Suci Nabi’ serta laporan yang berkaitan.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam, khususnya Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar berkenaan.

Mohd Na’im turut menasihati masyarakat di negara ini untuk merujuk kepada JAIN berkaitan pentauliahan pendakwah supaya ajaran yang diterima selari dengan ajaran Islam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas