Connect with us

Oh! Media

Individu Mengaku Cicit Nabi Muhammad, Mawla Amin Dan Pengikutnya Kini Dalam Pantauan PDRM

mawla amin

Oh! Tidak

Individu Mengaku Cicit Nabi Muhammad, Mawla Amin Dan Pengikutnya Kini Dalam Pantauan PDRM

Mawla Mohamed Amin al-Hassani yang sebelum ini mengaku dari keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ADVERTISEMENT

Lelaki warganegara Maghribi dan pengikutnya didakwa telah membuat kutipan dana awam secara haram di negara kita. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di mana pergerakan mereka kini dipantau termasuklah sebuah madrasah di Selangor yang aktif mempromosi kutipan ini.

BACA: JAHEAIK Minta Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Lelaki Mengaku Cicit Nabi Muhammad

Guna duit dana haram beli tanah untuk bina perkampungan Kerajaan 9…

Berdasarkan maklumat yang diterima PDRM, kumpulan ini dipercayai merancang untuk membina sebuah perkampungan yang dinamakan sebagai ‘Kerajaan 9’ bagi persiapan menghadapi akhir zaman. Perkampungan ini pula akan dibina di atas tanah yang dibeli mereka di Melaka milik bekas Adun Melaka.

Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya.

Madrasah terbabit juga apa yang diketahui membeli tanah di Melaka hasil kutipan dana daripada pengikutnya dan orang ramai bagi membinat perkampungan terbabit.

Bukan hanya itu, perkampungan ini juga nanti akan menjadi penempatan individu dari luar yang nanti akan diangkat sebagai Imam Mahdi.

Mawla Mohamed bukan daripada keluarga kami…

Sementara itu, Ketua Zawiyah al-Wazaniyah di Maghribi, Sharif Wazani Tayeb turut menafikan Mawla Amin ada ikatan denagan keluarganya.

Dia (Mohamed Amin Ouradj yang juga dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani) bukan daripada keluarga kami (Keluarga Wazani, Ahlul Bait), saya tidak kenal dia, saya bukan pak cik dia.

Sharif menjelaskan gambar yang digunakan Mawla Amin itu sama seperti orang lain yang datang menziarahinya dan mengambil gambar. Oleh itu, gambar yang digunakan Mawla Amin yang kononya dari keluarga kami hanyalah rekaan semata.

Kalau korang nak tahu, Wazani adalah nama keluarga ‘Ahlul Bait’ yang diasaskan oleh Muleh Abdullah Syarif. Sharif Wazani Tayeb pula adalah keturunan Hassan bin Ali yang ke-34 dan Zawiyah Wazaniyah ialah badan bertanggungjawab untuk menjaga nasab keturunan Nabi Muhammad S.A.W di Maghribi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas