Trending
Istilah ‘Coach Cerai’ Undang Kebimbangan, Menteri Agama Tampil Bersuara
Istilah ‘coach cerai’ cetus kebimbangan. Menteri Agama dan Mufti nasihat umat Islam berhati-hati, elak normalisasi perceraian.
Istilah ‘coach cerai’ yang didakwa bertindak sebagai penasihat rumah tangga pasangan selebriti kini menjadi perhatian ramai, malah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Menurut laporan mStar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan tampil menasihati semua pihak supaya lebih berhati-hati menggunakan istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan Islam.
Menteri Agama: Jangan normalisasikan perceraian

Menerusi satu kenyataan, Dr Zulkifli menegaskan penggunaan perkhidmatan yang dipromosikan sebagai ‘coach cerai’ tidak seharusnya menjadi amalan umat Islam kerana berisiko mendorong pasangan ke arah perceraian.
Kewujudan serta promosi perkhidmatan tertentu yang menggunakan penjenamaan seperti ‘coach cerai’ telah menarik perhatian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan terhadap pendekatan sebenar Islam dalam menangani konflik rumah tangga dan krisis perkahwinan.
Menurut beliau, sebarang usaha yang secara langsung atau tidak langsung memudahkan perceraian tanpa proses islah, nasihat dan rundingan boleh menormalisasikan perceraian sebagai jalan pintas.
Ia sekali gus meremehkan nilai kesabaran dan tanggungjawab yang digariskan dalam ajaran Islam.
Jakim jadi rujukan isu rumah tangga

Beliau turut mengingatkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan institusi yang sepatutnya menjadi rujukan utama dalam menangani masalah rumah tangga.
Jakim juga menyediakan khidmat kaunseling berstruktur, profesional dan berlandaskan syariah bagi membantu pasangan mengenal pasti punca konflik, memperbaiki komunikasi dan mencari penyelesaian yang adil.
Perceraian tidak wajar dipromosikan sebagai jalan pintas.
Mufti Wilayah: Istilah mengelirukan perlu dikawal

Dalam masa sama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa penggunaan istilah seperti ‘coach cerai’ perlu dikawal agar tidak mengelirukan masyarakat.
Nasihat tanpa berlandaskan agama adalah tidak wajar dipraktikkan dalam kalangan pasangan Islam.
Mereka menegaskan bahawa nasihat tidak lagi dibenarkan jika ia menyimpang daripada garis panduan syariat, termasuk menghalalkan perkara yang diharamkan atau mendorong perceraian tanpa sebab yang dibenarkan menurut syarak.
Pssttt! Dalam isu rumah tangga, jangan cari jalan singkat. Dapatkan nasihat daripada pihak berautoriti agar setiap keputusan dibuat dengan hikmah, berlandaskan syariat dan demi kebaikan jangka panjang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM