Connect with us

Oh! Media

Haqiem Stopa Kena ‘Sekolah’ Dengan Zul Huzaimy, Reaksi Mukanya Jadi Tumpuan

Zul Stopa

Oh! Artis

Haqiem Stopa Kena ‘Sekolah’ Dengan Zul Huzaimy, Reaksi Mukanya Jadi Tumpuan

Nama influencer TikTok, Haqiem Stopa mula menjadi tumpuan selepas dirinya dikaitkan dengan ikon permotoran anak muda.

Selepas itu, pemuda berusia 22 tahun ini dipanggil pula ke sekolah untuk memberi motivasi kepada pelajar berkenaan ‘peluang kedua’.

Ramai yang memberi pendapat pemuda ini langsung tidak layak kerana dia sebenarnya hanyalah mat rempit. Malah, dia mula menerima ejekan apabila muncul di mana-mana acara motor.

IKLAN

Terbaru, pelakon dan juga pengarah, Zul Huzaimy dilihat memberi nasihat kepada Haqiem ketika mereka bertemu di acara Santai Anak Utara baru-baru ini.

@nadia_gurlgurlzboboy Stopa kene skolah ke tu???? 🤣🤣🤣🤣 #stopa #spark #hakimstopa #zulhuzaimy_m ♬ original sound – Nadia gurlgurlzboboy

Menurut Zul Huzaimy, dia penat bertahun-tahun berusaha untuk membersihkan nama budak-budak motor namun kehadiran Haqiem Stopa seolah-olah telah mencelanya kembali.

Tidak suka marah-marah, pelakon ini dengan nada berseloroh berkata jika bukan dirinya siapa lagi yang akan menasihati influencer media sosial itu.

Whatsapp image 2022 09 04 at 115852 am
Whatsapp image 2022 09 04 at 115930 am
Whatsapp image 2022 09 04 at 115957 am

Dalam hantaran lain, pelakon ini dilihat berhadapan dengan Haqiem dan memberi kata-kata semangat buatnya. Pelakon ini mengakui ramai budak-budak motor tidak suka dan asyik menjadikan Haqiem sebagai bahan ejekan.

@zulhuzaimymarzuki Spark VS Stopa #sparkgegarstopa #part2 #spark #lubikinwapanas @Haqiem_stopa @LEGACY RIDER ♬ original sound – Zul Huzaimy

Katanya, meskipun begitu Haqiem juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Ingat pesan gua, 3 September 2022. Budak motor semua benci dekat lu (bukan semua). Pergi mana-mana event semua hentam lu. Kenapa hentam dia? Dia manusia bro, dia bukannya binatang.

Pelakon tersohor ini turut memberi jaminan Haqiem akan disayangi ramai jika terus berbuat baik. Malah, dia menyokong pemuda ini teruskan perjuangan dalam dua roda.

Kredit: TikTok @nadia_gurlgurlzboboy | @zulhuzaimymarzuki

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas