Connect with us

Oh! Media

Genap Setahun Kahwin, Mira Filzah ‘Throwback’ Video Majlis Resepsi

mira filzah

Oh! Artis

Genap Setahun Kahwin, Mira Filzah ‘Throwback’ Video Majlis Resepsi

Pejam celik, pejam celik nampaknya dah setahun usia perkahwinan pelakon dan pengacara popular, Nur Amirah Filzah. Pada tarikh 3 September 2020, Mira Filzah telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Wan Emir Astar.

ADVERTISEMENT

BACA: Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini!

Sempena ulang tahun pertama perkahwinan, Mira telah memuat naik video throwback ketika majlis resepsi yang berlangsung secara meriah. Video berdurasi 6 minit dan 44 saat itu memaparkan kakak sulung, bapa serta rakan baiknya memberikan ucapan penuh bermakna.

Pelakon filem Sangkar ini turut dilihat menitiskan air mata tidak dapat menahan sebak. Menurutnya, majlis pada malam itu adalah sangat istimewa dan indah dengan kehadiran orang-orang tersayang.

Menurut Mira lagi, ucapannya pada malam itu adalah secara spontan. Dia tidak menyediakan apa-apa skrip memandangkan terlalu banyak yang ingin diperkatakannya.

Video penuh

https://www.youtube.com/watch?v=byZgCv-V8NY

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis turut sayu melihat betapa indahnya majlis resepsi kedua-dua mempelai ini.

Mereka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat. Cepat sungguh masa berlalu kan?

Terdahulu, pelakon ini mendedahkan bahawa dia dan suami tercinta masih mempunyai empat lagi baki majlis resepsi yang tertangguh gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Mira ketika dia menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan jika mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.

Kredit: Instagram Mira Filzah, Youtube #EmirAmirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas