Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Dan Diana Danielle Rujuk Semula?

Oh! Artis

Farid Kamil Dan Diana Danielle Rujuk Semula?

Sedia maklum, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah pun disahkan cerai talak satu pada tanggal 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

ADVERTISEMENT

Pelakon serta pengarah itu juga ada memaklumkan bahawa dia tidak merancang untuk rujuk semula dan terima semua keputusan dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, semalam, tular video ‘mesra’ Farid dan Diana duduk bersebelah sewaktu menghadirkan diri dalam satu rancangan podcast.

Biarpun sewaktu proses perceraian mereka seakan-akan ‘bermasam muka’ tetapi kali ini mereka kelihatan sangat mesra seperti masih bergelar suami isteri.

Malah, difahamkan dari laporan Sinar Harian, pihak mereka menerima beberapa kiriman foto serta video jelas memaparkan kedua-dua selebriti itu memegang tangan sewaktu berjalan-jalan di area Mont Kiara.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya dan mungkin ada baiknya mereka kembali bersama untuk kebaikan anak-anak kan?

Kredit: Berita Hairan | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas