Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Dengan Nama Allah, Aku Sertai Industri Hiburan Untuk..” – Anak Lelaki Abby Abadi

Mempunyai latar belakang sebagai pelajar tahfiz, anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi berjanji akan menjaga batas agama ketika berlakon.

BACA: (Video) Tazkirah Jerebu Dari Anak Abby Abadi & Norman Hakim Mendapat Pujian Ramai

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, Danish Hakim berkata ibunya pada mulanya menentang ketika dia meluahkan hasrat mahu menyertai program pencarian bakat lakonan, Fit For Action.

Namun ibu akhirnya merestui selepas dia meyakinkan mengenai minatnya dalam bidang lakonan. Bapa, Norman Hakim juga memberi sokongan penuh.

Menurut Danish, sebagai seorang pelajar dalam bidang agama, dia tetap dengan prinsip tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

Orang tahu latar belakang saya sebagai pelajar agama, jadi saya perlu menjaganya. Saya juga jelaskan kepada mereka bahawa saya perlu terus menunaikan solat apabila masuk waktu.

Namun, jika perlu juga babak sentuh, dia perlu meminta bantuan pengarah untuk mengajarnya teknik kamera.

Untuk pengetahuan, Danish telah melanjutkan pelajaran hafazan al-Quran di Turki selain merupakan pelajar terbaik di sekolah tahfiznya.

Apa-apa pun good luck buat Danish Hakim! Semoga jadi anak seni yang menjaga batas agama dengan sempurna.

Kredit: Harian Metro | Instagram Danish Hakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas