
Oh! Artis
Caprice Menang Kes Mahkamah Tinggi Isu Derma Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Penyanyi rap Caprice meluahkan rasa syukur akhirnya menang melawan kes kebakaran tahfiz.
Penyanyi dan aktivis, Caprice tampil dengan kenyataan tegas di Instagram selepas menang dalam satu kes saman di Mahkamah Tinggi.
Kes ini berkait dengan usahanya membantu waris mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pada 2017 lalu.
“Kami akan sentiasa membela mangsa” – Caprice
Caprice mendakwa ada pihak yang cuba ‘menyekat’ atau mendiamkannya apabila beliau bertindak menuntut penjelasan berhubung sumbangan derma RM10 juta yang didakwa tidak sampai ke tangan waris mangsa.
Dalam kenyataannya, Caprice menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan berterima kasih kepada pasukan peguamnya, Megat Iqbal & Co, yang membantunya sepanjang kes ini berlangsung.
Kami akan sentiasa membela any mangsa out there tak kisah berapa kali kami kena saman ataupun terima ugutan.
Beliau turut memberi amaran bahawa semakin banyak pihak mencuba untuk ‘melawan’, semakin banyak juga kebenaran akan didedahkan.
Kita tak akan goyang. The more u fight us, the more kita akan korek and expose.
Dalam hantaran sama, Caprice mendedahkan Mahkamah Tinggi telah mengarahkan pihak terbabit membayar sejumlah wang kepadanya sebagai sebahagian daripada keputusan kes berkenaan.
