Connect with us

Oh! Media

“Bukan Beri Alasan, Tapi..” – Lupa Lirik Ketika Buat Persembahan, Upiak Isil Beri Penjelasan

Oh! Artis

“Bukan Beri Alasan, Tapi..” – Lupa Lirik Ketika Buat Persembahan, Upiak Isil Beri Penjelasan

Baru-baru ini telah berlangsungnya minggu ke-5 program realiti, Gegar Vaganza musim 8 memperlihatkan seramai 11 peserta telah melakukan persembahan dengan bertemakan lagu ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

ADVERTISEMENT

BACA: “Alamak Apek, Suara..” – Bawa Lagu BBNU, Netizen Mula Persoal Vokal SaYa?

Seperti biasa, kesemua peserta berjaya membawa lagu yang dilihat lain dengan genre mereka dengan berjaya termasuklah Nikki Palikat yang menduduki tempat pertama dengan meraih markah setinggi 78.50 peratus.

Manakala, peserta yang kekal konsisten setiap minggu, Aliff Aziz di tempat kedua dengan markah sebanyak 77.80 peratus diikuit Ani Maiyuni di tempat ketiga dengan markah 67.80 peratus.

Penyanyi dari Indonesia, Upiak Isil yang menduduki tangga tercorot mampu menarik nafas lega selepas tiada keputusan penyingkiran dilakukan malam tadi.

Terlupa lirik saat menyanyi lagu ‘Pengemis Muda’, Upiak akui gementar

Bagaimanapun, malam semalam bukanlah persembahan yang baik buat penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Upiak selepas menerima markah terendah sekaligus hampir menjadi peserta ke-3 tersingkir dalam GV8.

Menurut Upiak, dia mengakui terlalu gementar ketika menyanyikan lagu berjudul ‘Pengemis Muda’ dan membuatkan dirinya terlupa lirik ketika melakukan persembahan.

Jelasnya, bukan niatnya ingin memberikan sebarang alasan, namun dia mengakui tidak pernah mengetahui lagu nyanyian asal Datuk Sheila Majid itu dan hanya mendengarkannya sekitar minggu ini.

Saya bukanlah hendak memberikan alasan. Tetapi jujurnya memang saya baru mendengar lagu nyanyian asal Datuk Sheila Majid ini sekitar minggu ini, ketika diberi tugasan.

Mungkin sebab terlalu berasa ragu-ragu dan takut salah, tu yang jadi tersilap. Tapi bila saya Google lirik lagu, macam ada lain sikit pada satu baris lagu itu.

Tambahya, dia juga mengakui antara sebab lain dia hilang fokus semasa melakukan persembahan oleh kerana terlalu memikirkan komen-komen netizen yang mengecam dirinya di media sosial.

Dalam pada itu, Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dimenangi oleh Azan Scan manakala pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak jatuh kepada Sa. Ya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas