Connect with us

Oh! Media

“Kutuk Dan Keji Tanpa Ada Rasa Segan” – Fazley Selar Netizen Pertikai Aliff Aziz Juara GV8

Oh! Artis

“Kutuk Dan Keji Tanpa Ada Rasa Segan” – Fazley Selar Netizen Pertikai Aliff Aziz Juara GV8

Di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-8 malam tadi, penyanyi Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara menjadikan Nikki Palikat di tangga kedua. Manakala Suki Low ditangga ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: “Awak Nombor Satu” – Persembahan Nikki Terima ‘Standing Ovation’, Aliff Aziz Kekal Konsisten

Aliff menewaskan peserta lain menerusi persembahan lagu Sampai Syurga nyanyian solo, Dealove duet bersama Hafiz Suip dan battle lagu Bangun bersama Aweera.

Tapi kemenangan itu nampaknya menjadi pertikaian netizen. Ada pula yang berpendapat Aliff sering kali mendapat lagu ‘makanan’ dan kurang mencabar. Eh yeke?

aliff aziz

Di Instagram, Dato’ Fazley yang merupakan salah seorang peserta GV8 menyelar netizen yang disifatkannya sebagai ‘hati hitam’.

Buat kalian yang sibuk-sibukkan “Kenapa orang #singapore yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang singapore maka dia menangkan orang singapore!!” Cubalah bersangka baik, just this once! Rezeki semua Allah dah tentukan.

Kata Fazley, rezeki yang ditentukan Allah SWT tidak pernah salah alamat. Dia sendiri melihat bagaimana isterinya, Bella Astillah berkorban segalanya demi kejayaan Aliff.

Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan.

Di kesempatan itu, Fazley berterima kasih kepada netizen yang beri ‘pahala’ percuma apabila mengutuknya sepanjang berada di Gegar Vaganza.

Perkongsian penuh:

Kredit: Instagram Fazley Yaakob

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas