Connect with us

Oh! Media

“Alamak Apek, Suara..” – Bawa Lagu BBNU, Netizen Mula Persoal Vokal SaYa?

Oh! Artis

“Alamak Apek, Suara..” – Bawa Lagu BBNU, Netizen Mula Persoal Vokal SaYa?

Dulu lain sekarang lain! Itulah tema bagi minggu ke-5 program realiti, Gegar Vaganza (GV) Musim lapan yang mana semua peserta diminta untuk mendendangkan lagu daripada penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

ADVERTISEMENT

BACA: “Mendatar Je Nyanyian” – Persembahan Upiak Dipersoal, Reaksi Bonda Hetty Raih Tumpuan

Namun, program tersebut dilihat kurang serinya oleh kerana masyarakat masih berduka dengan musibah banjir yang berlaku sehingga membuatkan pengacara GV8, Jihan Muse tidak dapat hadir akibat dari bencana tersebut.

Peka dan prihatin kepada mangsa-mangsa banjir, pihak GV akan meneruskan minggu ini dengan konsert GV Kongsi Kasih selain turut menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara.

Dalam masa yang sama, pihak astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana dan derma kilat dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Tiada penyingkiran di Minggu 5, Nikki Palikat sekali lagi dahului carta

Dalam konsert semalam, rata-rata daripada mereka telah menampilkan persembahan yang cemerlang serta turut menerima komen positif daripada juri tetap serta jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Mungkin oleh sebab itu, juri mengambil keputusan untuk tidak menyingkirkan sebarang peserta selepas penyanyi dari Indonesia, Upiak Isil hampir tersingkir dan mujur terdapat lagu yang tersisa.

Sementara itu, peserta kelahiran Sabah, Nikki Palikat sekali lagi menampilkan persembahan terbaik selepas dipilih sebagai ‘juara’ pada minggu ke-5 dengan meraih markah sebanyak 78.50 peratus.

Bukan penonton sahaja yang terpersona, malah juri tetap, Bonda Hetty turut menunjukkan reaksi positif selain sempat memberikan standing ovation oleh kerana kagum dengan lontaran vokal milik Nikki.

Dia yang mendendangkan lagu berjudul ‘Gelombang’ turut dipuji oleh juri, Datuk Shafinaz yang menyifatkan dirinya menjadi salah satu peserta yang mempunyai semangat untuk menjuarai program tersebut.

@eqasimgift

BUNDA SAMPAI BERDIRI UNTUK NIKKI PALIKAT ##fypシ ##gegarvaganza2021 ##GV8 ##fypシ゚viral ##viral2021 ##nikkipalikat ##nikki ##GV8 ##gegarvaganza2021

♬ original sound – Kasim channel

Selain itu, Ani Mayuni turut mencuri perhatian ramai selepas mendendangkan lagu berjudul ‘Kucu Kuca’ dengan cemerlang selain turut dipuji oleh juri walaupun mendapat lagu yang dikira agak ‘simple‘.

Ani yang meraih markah sebanyak 67.80 peratus berjaya menempatkan diri dalam kedudukan ke-3 dibelakang Aliff Aziz dan ia merupakan kali pertama penyanyi itu berada di kelompok tiga terbaik selepas 5 minggu.

Sekadar duduki tangga ke-8, Netizen mula persoal vokal Sa.Ya?

Dalam pada itu, peserta yang sering menghiburkan penonton, kumpulan Sa.Ya sekali lagi berjaya membawa lagu berjudul ‘Terakhir’ dengan baik walaupun pada mulanya dianggap tidak sesuai dengan ‘genre’ mereka.

Bagaimanapun, terdapat pula segelintir peminat industri tanah air yang seakan-akan mempersoalkan kualiti nyanyian Saiful Apek dan Yassin seakan-akan ‘tenggelam’ pada minggu ini.

Hal itu selepas mereka menganggap vokal yang dilontarkan oleh Saiful Apek tidak beberapa baik selain merasakan kumpulan tersebut tidak cukup ‘kuat’ untuk bersaing dengan peserta lain.

Walaupun menerima komen yang pedas, terdapat juga netizen yang terhibur dengan persembahan mereka selain turut meraih Bintang Cuckoo Paling Gempak selepas menerima undian tertinggi di Facebook Astro Gempak.

Selain itu, Anugerah Bintang Paling Power Meow pula dikurniakan kepada Nikki Palikat rentetan markah tertinggi diperolehnya daripada pihak juri.

Kredit: Astro Gempak I TikTok eqasimgift

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas