Connect with us

Oh! Media

“Sayang Muda-Muda Tak Ada Gigi” – DS Vida Nak ‘Sponsor’ Gigi Yassin

Cover Photo Om 1200 X 675 8

Oh! Artis

“Sayang Muda-Muda Tak Ada Gigi” – DS Vida Nak ‘Sponsor’ Gigi Yassin

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DS Vida) tampil meluahkan hasrat hati untuk menaja pelawak dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin dengan membuat gigi baharu.

BACA: “Ingatkan Janna Nick” – Jarang ‘Expose’ Keluarga, Netizen Puji Isteri Dan Anak Yassin Senario

Perkara tersebut dizahirkan Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram Gempak pada Sabtu lalu di mana dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki sebaris gigi yang tersusun dan cantik.

IKLAN
New project 30 38

Katanya lagi, dia bukanlah ingin menumpang populariti pelawak itu namun hanya ikhlas membantu.

Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh.

Walau bagaimanapun, hasrat jutawan itu nampaknya tidak mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial. Kata netizen, DS Vida dikatakan sengaja mahu menumpang popular dan ‘gila glamor’.

Boleh DM teruskan Datuk. Tak payah bagitahu semua orang dekat sini – kata netizen.

Terdahulu, Yassin ada membuat ulasan mengenai penampilan isterinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai di mana didakwa cantik dan seiras Janna Nick setelah tularnya video TikTok pasangannya itu baru-baru ini.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas