Connect with us

Oh! Media

“Buat Masa Ni Saya Lebih Fokus Kerjaya” – Ubai Beritahu Cerita Sebenar, Beli Cincin Shila Amzah Hanya Kebetulan

Oh! Artis

“Buat Masa Ni Saya Lebih Fokus Kerjaya” – Ubai Beritahu Cerita Sebenar, Beli Cincin Shila Amzah Hanya Kebetulan

Sebelum ini kami ada melaporkan yang penyanyi terkenal, Shila Amzah seolah-olah memberi bayangan akan menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati, Ubai. Biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA : “I Said Yes” – Shila Amzah Belanja Video Ambil Cincin, Bakal Bertunang?

Terbaru! Menurut laporan Gempak, Ubai menjelaskan bahawa pembelian cincin buat kekasihnya itu bukanlah bermaksud dia melamar Shila namun merupakan tanda membawa hubungan ke arah lebih serius.

https://www.tiktok.com/@shilaamzahofficial/video/7219159626430958853

Ujarnya, mereka tidak merancang tentang hal itu dan ia berlaku secara kebetulan ketika mereka keluar untuk pergi berbuka puasa.

Kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin. Dia (Shila) cuba dan berkenan lalu saya pun beli.

Ketika ditanya tentang perkahwinan, Ubai berkata ketika ini mereka mahu fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

Kami ada rancang untuk ke fasa seterusnya tapi buat masa sekarang saya lebih beri fokus kepada kerjaya saya sebagai produser.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas