Oh! Artis
Bossned Muat Naik Hantaran Misteri Lepas Nama Nora Danish Jadi Bualan
Bossned muat naik hantaran penuh misteri lepas Nora Danish dikaitkan dengan kekasih baru.
Nama pelakon jelita Nora Danish kembali jadi bualan hangat di media sosial bila tular cerita dia dikatakan ada kekasih baru. Tengah ramai orang sibuk bercakap pasal benda tu, bekas suaminya, Bossned pula tiba-tiba muncul dengan satu hantaran penuh tanda tanya.
Dalam perkongsian di Threads, anak kepada ahli politik terkenal, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tu menulis ayat yang buat ramai tertanya-tanya
Saya tahu tapi saya diam sahaja. Saya ada sebab tersendiri.- Tulisnya.
Kenyataan tu ringkas je, tapi cukup untuk buat netizen terus berteka-teki apa sebenarnya yang dimaksudkan Bossned.
Nora Danish dikatakan ada kekasih baru…
Spekulasi mula panas lepas Nora didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang dikatakan ejen insurans popular di Instagram. Disebabkan dia ada ramai pengikut, lagi bertambah cepatlah cerita tu jadi viral.
BACA: Nora Danish Rujuk Semula Dengan Nedim? Ini Jawapan Tuan Badan!
Dalam masa sama, video yang menunjukkan Nora mencium sehelai kopiah putih turut mencuri perhatian. Benda tu bukan saja jadi bahan bualan, tapi lebih mengejutkan, produk kopiah tu terus habis terjual dalam masa satu jam je!
Hantaran Bossned buat ramai tertanya…
Walaupun Bossned tak dedahkan secara jelas apa yang dia maksudkan, hantaran itu tetap berjaya tarik perhatian netizen. Ramai yang mengaitkan mesej itu dengan gosip terbaru bekas isterinya.
Namun, setakat ni, Bossned hanya memilih untuk berdiam diri dan tak ulas lanjut. Apa pun, kenyataan ringkas itu seolah-olah cukup kuat untuk tambah lagi drama dalam kisah yang sedang hangat diperkatakan.
Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup, kita tahu sesuatu perkara tapi tak semua benda perlu diceritakan. Ada masa lebih baik diam demi jaga hati dan elakkan salah faham. Korang pun kalau hadap situasi macam ni, fikir dulu sebelum buka mulut.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


