Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Rujuk Semula Dengan Nedim? Ini Jawapan Tuan Badan!

nora danish

Trending

Nora Danish Rujuk Semula Dengan Nedim? Ini Jawapan Tuan Badan!

Nora Danish nafi dakwaan sudah rujuk dengan Nedim tapi mereka kekal akrab demi keharmonian dan tiada perancangan untuk kembali bersama.

Pelakon jelita, Nora Danish menepis dakwaan yang mengatakan dia telah rujuk semula dengan bekas suaminya, Nedim Nazri. 

Menurut laporan Oh Bulan, hubungan baik antara mereka mungkin menjadi punca wujudnya salah faham dalam kalangan netizen.

Ingin saya maklumkan di sini, perkara itu tidak benar. Saya menyangkal dakwaan tersebut.

Nora mengakui Nedim tetap mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya walaupun bukan lagi bergelar suami isteri.

IKLAN

Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Kami memang tak boleh bersama, tapi kami faham sesama sendiri.

Nora Danish pilih untuk terus bersahabat demi keharmonian

ohmedia nora danish 2

Nora berkata, tiada perancangan dalam masa terdekat untuk kembali bersama bekas suami, namun dia lebih selesa dengan keadaan hubungan yang harmoni dan matang seperti sekarang.

Kami pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri. Itu sahaja, tidak lebih dari itu.

Belum sedia untuk kahwin lagi

ohmedia nora danish 2

Ditanya tentang jodoh dan perkahwinan, Nora mengakui tidak menutup pintu hati, namun dia kini sedang melalui fasa mencari diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Saya juga banyak bertemu ustaz, habib dan maulana untuk mengisi ruang hati yang kosong ini.

Tambahnya, walaupun ada yang cuba mendekati untuk tujuan perkahwinan, dia belum bersedia dan tidak mahu terburu-buru.

Kalau Allah berikan jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan hanya kerana rasa sunyi.

Pssttt! Kadangkala, hubungan yang tidak berakhir di jinjang pelamin tetap mampu jadi bermakna jika disulami dengan hormat dan kefahaman. Jangan terburu-buru kejar cinta, kenali diri dulu.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas