Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Bidang Seni Muzik Bukan Platform ‘Permainan’ Publisiti” – Azmeer

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat sering disajikan dengan pelbagai genra lagu hasil sentuhan beberapa komposer serta penulis lagu yang berbakat.

BACA: “Janganlah Orang Luar Buat Kenyataan Seolah-Olah Kami Bodoh Sangat” – Azmeer

IKLAN

Namun, industri muzik juga turut dihiasi dengan kehadiran beberapa usahawan kosmetik yang mengambil peluang untuk menceburi bidang itu dan mempromosikan lagu mereka.

Tidak pasti akan tujuan mereka, sekadar ingin bersuka-suka mahupun untuk mempromosikan diri. Sudah pasti ia platform terbaik untuk lebih dikenali.

Azmeer ulas tentang isu usahawan keluar single peribadi

Namun, lain pula kata dari seorang otai dalam industri muzik, Azmeer, yang diminta memberikan pendapat tentang perkara tersebut.

Menurutnya, beliau menyeru agar mana-mana usahawan tempatan agar berhenti menceburi dalam bidang muzik jika tujuannya hanya menginginkan publisiti murahan.

Komposer serta penulis lagu itu turut menekankan jika seseorang itu tidak memiliki bakat nyanyian, lebih baik lupakan sahaja hasrat menyertai industri muzik dengan single yang tidak berkualiti dan bertujuan untuk marketing.

Bagi saya, perlu ada pemantauan dan penapisan daripada pihak atau agensi berkaitan agar ‘penyakit’ ini tidak terus melarat.

Nak keluar single, tiada masalah tapi sedarlah bahawa bidang seni muzik bukan platform atau gelanggang ‘permainan’ publisiti.

Industri muzik akan ‘hancur’ jika budaya ini diteruskan

Menurut Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar bin Abu Bakar, beliau turut risau jika budaya ini diamalkan di Malaysia, ia mampu ‘membunuh’ industri muzik tanah air.

Macam saya cakap tadi, pihak berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau agensi yang bernaung di bawahnya perlu melakukan sesuatu. Industri akan nazak kalau senario ini berterusan.

Orang takkan pandang industri seni muzik sebagai satu pekerjaan yang serius. Kalau dibiarkan mereka (usahawan gila glamor) terus ‘propa’ buat muzik atas nama publisiti, hancur masa depan industri kita.

Selain itu, beliau juga tiada niat untuk menghalang mereka menyanyi, tetapi berharap agar mereka tidak memperlekehkan bidang ini bagi tujuan publisiti murahan produk mereka.

Seni harus seiring dengan IQ

Bagaimanapun, komposer berusia 46 tahun itu turut menyatakan, industri seni muzik tanah air juga bukanlah tempat untuk mementingkan diri sendiri dalam mengaut keuntungan.

Jangan manipulasikan seni (muzik) demi kepentingan diri sendiri. Nak menyanyi atau rakam lagu, pastikan anda datang dengan bakat sekali.

Rakam lagu untuk tujuan publisiti dan bukan dikerjakan orang-orang seni bagi saya adalah perkara yang tidak sihat. Seni harus berjalan seiringan dengan Intelligence Quotient (IQ).

Mengakhiri ulasannya, beliau berharap agar situasi ini dapat dibendung bagi memartabatkan industri seni tanah air supaya menyamai peringkat global.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas